Hukum Menyusukan Anak Lebih Dari 2 Tahun



X lama lg qari dh nk masuk 2 thn…tp dier still masih menyusu badan lg..Mama mmg ada perancangan gak nk stopkan pemeberian susu bdn kpd qari setelah dier cukup 2thn...tp bila tgk muka dier sambil tgh menyusu x smpi hati pulak…susu tu mcm pengubat utk dier…klu dier sedih atau nk bermanja ngn mama..susutu la yg akan dicarinyer…klu dier nk tido atau rasa x tenteram…susu tu jgk la pengubatnyer….klu dier sakit atau dahaga..susu tu jgk lah yg menenangkannyer…haishh…mmg x smpi hati mama….

So mama tercari2 la dlm internet macamana nk buat klu anak 2thn tp masih menyusu…bak kata sesetgh org anak tu x bijak la klu menyusu lebih dr 2thn, susu bertukr menjadi darah, anak degillah dan sebagainyer….hmmmm..org melayu mmg bnyk pantang larang kn????

Tp klu ikut rasional dan secara saintifiknyer xde lg bukti2 yg menunjukkan klu anak kita menyusu lebih 2 thn benda2 tu akan jd…mungkin ada sebab org2 tertentu tu saja mengadakannyer…sbg cth mungkin anak yg menyusu lebih dr 2 thn tu dikatakan x bijak bukn disebabkn susu tu tp mungkin disebabkan walaupn dh bsr asyik berkepit je ngn mak dier (almaklumlah klu anak bf ni biasanyer manja ngn maknyer..hehehe)..tp itu x bermaksud mereka x bijak…klu ikut kajian pn susu ibu adalah susu yg terbaik…x mungkin la susu tu leh bertukr jd darah plk….mungkin maksd diorg susu tu dh x diperlukan oleh budak yg dh berumur 2 thn sb diorg dh bule makan benda2 lain dan susu ibu dh x ckp utk menampung keperluan mereka…tp xde la susu tu tkr jd darah bila anak kita minum…x kan la anak kit isap darah plk….hehehe

X kisahla apa pn pesepsi org lain..mungkin ini bule jd rujukan kpd sesiap yg masih bf anak yg dh berumur > 2 thn

Soalan:
Oleh: Karina:
Salam Ustaz, tempoh penyusuan ibu menurut islam adalah 2 thn utk anaknya jika dia mampu; Soalan saya: Apakah hukumnya jika ibu menyusukan anaknya lebih dari 2 thn? terima kasih ustaz

Jawapan:
Tak ada masaalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dgn kerelaan sisuami dan isteri. Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain.Adapun ayat al-Quran dari surah al-Baqarah: 233:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”

Ayat ini hanya berupa bimbingan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya.

Al-Imam al-Qurtubiy ketika menafsirkan ayat 233 dari surah al-Baqarah di atas menyatakan: “Tambahan lebih dari 2 tahun (menyusukan anak) atau menguranginya (tempoh tersebut), boleh jika tidak ada kemudharatan kepada bayi dan dengan kerelaan suami dan isteri."

Cuma ada sebahagian ulama seperti Ibn 'Asyur (ابن عاشور) yang berpandangan tidak perlu ditambah susuan lebih dari 2 tahun, kerana perbuatan ini tidak ada keperluan lagi.

Wallahu a’lam.

sumber dari: http://bin-sahak.blogspot.com/2009/10/hukum-menyusukan-anak-lebih-dari-2.html)

Soalan:
APAKAH hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun, apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak melebihi dua tahun? Adakah menyusukan anak lebih daripada 2 tahun mendatangkan penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi darah setelah anak lebih dari dua tahun?

Jawapan:
Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.

Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.

Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.

Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.

Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.

Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.

(sumber dari: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm)

so jgn la ibu2 yg masih menyusukan anak mereka yg > 2thn rasa risau…bg mama, mama still kurangkan waktu penyusuan qari..sbg cth klu keluar jln2 mama akan pastikan mama bawak bekalan air utk qari…at least dier x de la kerap mtk susu sgt…klu dier nk susu pn mama bg dlm kereta jer…bg tau dier yg dier dh besar malu klu susu dpn public..hehehe

Selain drpd tu mama pn dh berenti pam susu sb sejak qari dh masuk 20bln dier dh x mau minum dlm botol susu lg…so susu yg mama simpn pn dia x nk minum..so mlm jer dia menyusu direct…so at least dh kurangkn skit2..xde la dier terkejut sgt nnti…Selain tu mama hany bf jika qari minta je dan mama mmg x offer klu dia x mintak..klu dier nk pn kadang2 mama bg jer air masak or fresh milk jer…kdg2 dier ok and dh x mintak pastu…

Mama percaya suatu hari nnti qari sendiri akan berhenti menyusu bila kedua2 kami dh bersedia. Biarlah ia terjadi secara semula jadi tanpa dipaksa..Susu tu adalah ubat kepadanyer semasa dier demam, sedih, marah dan sebagainyer…Tima kasih mama ucapkan pd abah yg bnyk memberi semangat, sokongan dan sgt memahami ibu yg menyusu…syukur Alhamdulillah…..




24 comments:

bestnye!! dulu adam dpt gak susu ibu sampai setahun lebih, tapi x exculsive la..ni nak bg erfaan fully bf..tapi banyak btol cabaran dia kan?? caiyokk..berusaha! hehe

 

mmg bnyk nad cabarannyer...tp tu la klu kita kawan ngn golongan2 bf dan selalu g blog psl bf ni mmg menaikkan motivasi nk bf tau...rasa puas sgt bila dh berjaya..

 

a'ah, betul tu...biarkan ia jadi secara semulajadi je kan??slow-slow je ceraikan susu tu...sy ni br setahun, adam dah xnak bf dah...sedih sgt...maybe salah sy gak...

 

info yg berguna :) bole la nk share nnti hehe kt rumah ni ada baby lelaki~

 

salam mamaqari..anak bongsu k.atie menyusu sampai umur 4 1/2 tahun!tapi bkn lar nyusu jer...dia pon kuat mkn gak cuma mungkin manja kot..lg pon xder adik lg.rasanya xdr masalah...anak k.atie yg bongsu nie..umur 5 tahun dh lancar membaca....

 

aanie: tu pn dh kira bagus aanie dpt bf setahun..xpe bule cuba utk next baby plk..heheheh

alinac lover: thanks..mari sama2 menyokong bf

azatiesayang: tu la k.atie...semua yg buruk2 tu mitos jer...thanks for sharing ye.

 

mama qari..anak sy pun 27hb ni dah nak masuk 2 tahun..still lagi menyusu..tp dah kurang..kalau kat luar dia tak mintak pun susu..tp kalau kat dalam kereta dia mintak lah..macam anak sy yang sulung dia berhenti menyusu dengan sendiri bila umur 2 tahun lebih...

 

ummi anum bday ank ummi sama la ngn qari..hehehe

 

assalam..mama pon masih bf kan rayyan lg...kesian kan tengok muka anak bila rasa nk hentikan bf ,,x sampai hati rsanya...lg2 bila anak tdo mlm..mengempeng je 24 jam ..heheheh...

 

salam..

Sami boy masih mnyusu walau dh 3thn nih.. alhamdulillah .. mmg nk wean off tp nk dia benti sendiri.. sy xpenah kesah kan mitos yg org ckp sbb pada sy, jika fikir logik mengatakan lps 2 th susu dh xberkhasiat tu mungkin org nk ckp, besenye bila anak dh besa skit ibu yg menyusu nih dah xpantang makan.. maksud pada awal penyusuan ramai yg jaga mkn smpai tak consume minuman sejuk & makanan yg pedas.. tp bila anak dh besa rasanye ramai dh 'lupe' hehe.. jadi pada sy susu masih berkhasiat tp bukan lah sbg makanan utama..

ada satu hari sy mcm tfikir kenapa Sami boy tak mau berhenti susu tp termalu sdr sbb tiap kali solat tak pernah pula berhenti berdoa spy dibykkan dan dikhasiatkan susu hehe..

jika badan larat, suami tak halang dan masih ada demand dari anak.. no problem utk teruskan susu

xoxo

 

best kan mama qari, dapat susukan qari almost 2 years.. mummy pun harap dapat susukan Mirza macam tue jugak..
tapi, pasal susu jadi darah tue, mummy ada dengar kawan-kawan cakap kalau kita lap lebihan susu ngan tisu, akan nampak warna kemerahan, yelah, susu tue kan dari badan kita, darah daging kita, sebab tue kut keluar isu tue.. nanti mummy nak cuba lap ngan tisu, dah lupa cerita tue, tp bila mamaqari citer, teringat cerita kawan tue.. wallahuallam betul ke tak...

 

mama rayyan: betul tu..mmg x smpi hati...muka diorg suci jer time menyusu tu..hehehe

 

ely hasrul: thanks for sharing...ni lg menaikkan smgt mama nk terus menyusu walaupn dh lebih 2 thn (^_^)

 

mmummycun: betul ke? mamaqari nk test jgk la...

 

Slm..
Syukur ...sy memang tercari2 artikel berkenaan dgn hukum menyusukan anak slps 2 thn..skrg ni dah terjwb...ikutkan org melayu byk sgt yg buruknye jika menyusukan slps 2 thn kan...hehhehe

mama aiman

 

mama aiman: tahniah utk mama aiman kerana berjaya melengkapkan penyusuan 2 thn=)

 

Slm..
Saya tgah cnfius ni..adam dh cukup 2thn, tp masih nk kn susu ibunya, ni disebabkan dia jeleskn adiknya, SOrfina yg bru masuk 40 hr..jadi dh sebulan jgkla saya buat tandem nursing,prkgcian asusu..tp bila pikir blik, bila masa saya nk buat stok tuk bby bila saya bkeja klak..ingt nk fully bf exclusive til 6mth..nk bcerai susu frm si adam, try gk jgk bg tok dia jga, bt stil tak mau btoi..mybe msih igt susu ibu dia.nk mtk pndapat le

 

salam ctsarah,
mamaqari xde la pandai sgt nk bg pendapat..tp bg mamaqari kalu ctsarah rasa xde masalh buat tandem nursing, mamaqari suggest ctsarah teruskan je la...tp klu rasa dh penat bila keja nnti, bule la try kurangkn susu adam skit2 smpi la dia dh bule terima yg dia x payah menyusu dh..tp nk bercerai susu mmg menguji kesabaran skit...bgs nyer niat ctsarah nk bf xclusive smpi 6 bln...moga2 usaha ctsarah dipermudahkan...insyaAllah=)

 

anak sy dah 1thn 4bln...still BF...alhamdulillah.. tq 4 d info

 

Tq mamaqari 4d info... sy pun menyusukn fiqah lebih 4 thn dan tandem nursing slm 2thn lbh smpi skrg...dlm masa yg sama bleh juga bg fully bf kat bb fiqri >1thn... alhamdulillah susu pun banyak... Yg penting kita mesti fikir kita boleh... insyaallah...

 

tumpang lalu.. hehe.. saya menyusu susu ibu hampir empat tahun..itu pun rasanya berhenti sebab mak nak dapat adik lagi..Alhamdulillah, setakat ni, tak ada pula terasa terkebelakang macam sesetengah 'mitos' mengatakan anak kurang cerdik jika diberi susu lebih 2 tahun. Syukur juga kepada Allah, saya berada antara anak mak yang boleh dikatakan berjaya..moga dapat berbakti pada ibu bapa sehingga ke akhir hayat saya.

 

saya ingin bertanya..org tua slalu mengatakan apabila anak sudah pandai mengatakan bhwa susu ibunya lebih sedap, adakah perkara itu tidak baik untuk meneruskan penyusuan atau sebaliknya.harap dapat dijelaskan dari segi islam.

 

Assalamualaikum....
Thanks mama qari coz sudi share info nie...alhamdulillah...sy pun berjaya exclusive bf ank 6 bln..skrg still fully bf ank smpai 2 thn...lps 2 thn sy start cmpur dgn susu karihome + coco tamar utk ank sy...ank sy skrg nk msk 2 thn 2 bln...risau sgt duk dgr org ckp xblh bf ank lbh dr 2 thn...sy pun da slow2 nk stop bg bf ank...tp kecian kat dia asyik mtk je...nak2 ble time tido mlm...kalo blh biar la dia sndiri yg x nk... ;)

Ibu Rajaaie

 

Post a Comment