Jubah Abaya Dubai Giveaway



Syarat-syarat Penyertaan:
 
1. Blogger

>Jadi follower blog ni dan blog http://www.dobuy.blogspot.com/

>Buat simple entry bertajuk Jubah Abaya Dubai Giveaway .

>Jangan lupa letakkan banner dan syarat2 penyertaan

>Anda perlu letakkan url post giveaway ini ke dalam entry anda.
 
 
 
 
2. Facebook
 
>Like page Do Buy DazzleD
    >Like post ini (seperti gambar di sebelah)
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
    >Share ke wall Facebook anda mengenai giveaway ini & tag Do Buy Dazzle

 
Good Luck!!!

Kitchen Cabinet

Update rumah..

Alhamadulillah Kitchen Cabinet dah pun siap..puas hati... Lama jugak kami survey untuk KC ni. Almaklumlah banyak nak kena invest untuk buat KC ni. Mesti la kalau ada option yang lebih murah, mesti la nak yang murah kan... tapi kualiti mestila masih yang terbaik. Kalau setakat murah tapi tak ada kualiti  pun tak ok jugak..

Mula-mula kami buat survey dulu. Kami survey sebelum dapat kunci rumah lagi. Disebabkan kami pun tak berapa pasti luas rumah sebenar dapur kami, kami ambil anggaran jer dari pelan dan buat lakaran lukisan. Lepas tu kami cuba menghantar ke seberapa banyak company KC yang ada dengan menggunakan email/fb terus ke company tersebut. Kalau korang ada pelan rumah, bule sertakan sekali supaya mereka senang nak buat anggaran keluasan KC nanti.. Dekat setahun la jugak kami membuat survey ni sehinggakan kami ke Homedec di KLCC dua kali dan setiap kali pergi mesti tanya harga untuk KC walaupun harga tak jau beza mana dengan previous Homedec.

 Untuk quotation, kami bagi jer spec yang sama iaitu jenis table top konkrit, ada tall unit, dan material 3G. Walaupun sebenarnya agak susah untuk compare harga dari quotation yang kami dapat (sebab setiap company kadang-kala material/spec yang mereka ada yang tak sama compared dengan company lain) kami membuat anggaran kasar harga KC kami. Dari situ kami bule agak company mana yang menawarkan harga yang lebih murah.

Lepas tu kami listkan company yang harga mereka agak ok, kami try pulak google company-company tersebut untuk tahu ada tak orang review pasal company mereka di blog atau forum. Sekurang-kurangnya dapat tahu macamana hasil kerja mereka yang terdahulu.

Dan hasilnya
.
.
.
.
.
.
.

 
 

Tudung Bawal Air Brush by CitrAida

**Ini adalah sticky post**

Assalamualaikum Ladies,

Kepada peminat tudung bawal tegar, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Tudung Bawal Air Brush by CitrAida. Untuk sesiapa yang belum tau owner Citraida, iaitu Aida merupakan juara bagi program gadis melayu musim pertama. Kepada peminat shawl pulak, anda juga harus miliki tudung ni sebab ia juga bule dipakai seperti shawl..

Sila jamu mata ye...
**Warna tudung dalam gambar mungkin berbeza sedikit dari warna yang sebenar


AB01 (SOLD)
  AB02 (SOLD)
 AB03 (SOLD)
 AB04 (SOLD)
 AB05 (SOLD)
 AB06 (SOLD)

 AB07

AB08 (SOLD)

  AB09 (SOLD)

 AB10 (SOLD)

 AB11

 AB12 (SOLD)

 AB13 (SOLD)
 AB14 (SOLD)
 AB15 (SOLD)
 AB16

 
AB17 (SOLD)
 AB18 (SOLD)
 AB19 (SOLD)
 AB20 (SOLD)

RM35 sahaja (including postage)
Jika berminat, sila email ke mamaqari@gmail.com atau pinkerdotmail@gmail.com berserta dengan kod tudung.




Pertemuan Yang Tak Disangka...

Semalam mama ke Hospital Serdang. Adik aqeel ada appoiment dengan 
Ophthalmologist. Kami pergi bertiga. Mama, mama tok dan adik aqeel. Sampai jer kat hospital, mama drop mama tok dan aqeel dekat depan pintu masuk sementara mama cari parking. Setelah pusing-pusing dekat kawasan parking, akhirnya jumpa jugak parking kosong. Alhamdulillah...ada rezeki.

Setelah masuk ke dalam hospital, mama kemudian pergi ke kaunter pendaftaran untuk mengambil nombor. Lepas dah dapat nombor, mama mencari-cari mama tok dan aqeel. Akhirnya jumpa jugak diorang. Mama tok dah siap dapat tempat duduk dan sedang berborak-borak dengan orang sebelah. Mama menghampiri mereka, tapi kebetulan dekat row tu memang tak ada tempat kosong. Tiba-tiba mama terpandang ada 3 tempat kosong di bahagian depan, terus ajak mama tok untuk duduk kat sana.

Bila dah duduk tu, mama susukan baby aqeel. Lepas dah menyusu biasa budak bulat akan melompat-lompat keriangan setelah perut kenyang. Tengah bermain-main dengan budak bulat, orang sebelah asyik duk usha-usha kami..Disebabkan kami ni memang perasan biasa di usha, so mama wat dek jer. Tiba-tiba orang sebelah tanya "Berapa bulan ni?". Mama jawap "10 bulan" dengan ringkas. Dalam hati mesti dia nak tanya "Kenapa mata anak awak ni? Dari sejak lahir ke dia macam ni..ishhhh....Kesiannya dia kecik-kecik lagi dah macam ni..."...soklan yang biasa diajukan kalau kami berada di public. Tapi jangkaan mama meleset apabila orang sebelah tiba-tiba bersuara "Anak akak pun macam ni dik..Nak buat macamana memang dah rezeki kita. Terima je la kan dik...". Erk...mama terkesema. Tiba-tiba mama terus jadi ramah giler dan tanya soklan macam-macam kat akak sebelah tu. Serius, sejak aqeel lahir mama ni pantang berjumpa dengan orang buta, atau perkara-perkara yang berkaitan dengan sewaktunya.. Perasaan ingin tahu mama terhadap orang kurang upaya penglihatan ni  sangat membuak-buak.

Orang sebelah atau mama panggila dia kak sue juga mempunyai anak yang ada masalah penglihatan. Anak dia sebaya dengan aqeel. Dalam duk borak-borak tu kami bertukar-tukar nombor phone dan dia ada memberitahu yang ada kelas khas untuk bayi-bayi seperti ni dan ajak mama sama-sama join mereka. Pengajaran hari ini...Tak rugi kan kalau kita ramah dengan orang? Mungkin Allah s.w.t dah tentukan kami berjumpa. Alhmadulillah..syukur pada mu Ya Allah....



Plaster Ceiling

Update pasal rumah...
Kali ni kita cerita pasal plaster ceiling pulak...

Mula-mula kami dapatkan quotation daripada beberapa kontraktor. Kontraktor ni kami dapat melalui internet sebab senang nanti nak hantar email nanti. Selain daripada sumber internet, kami juga try jugak tanya kontraktor-kontraktor yang berdekatan dengan rumah.

Mula-mula tak tahu pun nak design plaster ceiling tu caner. Tapi lepas membuat survey dan tengok gambar-gambar di internet kami decide nak buat L-box + satu box biasa untuk dining.Kami nak yang simple jer sebab rumah dan budget kami pun kecik jer

Setelah membandingkan harga daripada beberapa kontraktor, akhirnya kami memilih kontraktor melayu. Alhamdulillah kami tak mengalami masalah dengan mereka dan amat puas hati dengan hasil kerja mereka. Harga yang ditawarkan pun lebih murah berbanding kontraktor lain. Selain daripada plaster ceiling, kami juga buat wiring dengan kontraktor yang sama. Kipas dan lampu juga mereka yang pasangkan.

Lakaran asal untuk ruang tamu yang kami lakarkan dengan menggunakan microsoft word..

 
Dan hasilnya....


Lampu tu abah yang nak pilih kaler biru..sebab dia minat sangat dengan kaler biru..Kalau bule satu umah pun dia nak cat biru :p


Untuk details kontraktor bule email saya di  mamaqari@gmail.com.
 

Cara Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

"salam... dah mulakan ke sesi ajar anak mengenal huruf hijaiyah? apa progres? boleh kongsi?"
 
Ok..saya mendapat komen ini dari seorang pembaca so maknanyer  saya kena share macamana saya mengajar anak saya. Sebenarnya saya pun masih baru lagi. Almaklumlah anak pun baru masuk 2 orang dan yang sulung pun masih berumur 3 tahun. Saya rasa macam tak cukup ilmu pun nak jawap soalan ni...huhuhuhu.. Tapi tidak mengapa, saya cuma nak berkongsi dan tidak semestinya cara saya ni betul.
 
Ada pelbagai cara untuk kita mengajar anak-anak. Salah satunya ialah dengan menggunakan flash card. Ibu-ibu rajin-rajinkan lah bermain flash card bersama-sama anak anda. Amik masa sekurang-kurangnyer 5-10 minit sehari. Jika ada buleh menjadikan ia sebagai rutin lagi bagus.... Tapi cara ini tidak berapa menjadi untuk anak saya. Mungkin saya tak cukup effort untuk  bermain flash card dengan anak saya..Mula-mula je rajin pastu.... hampesss...Mungkin juga cara saya mengajar salah? Saya cuba mengambil pendakatan cuba jaya...Jika tidak berjaya kita cuba pula cari cara lain..

Saya juga pernah mencuba mengajar qari dengan menggunakan buku iqra. Tapi nampaknyer dia lebih tertarik untuk menyelak muka surat dari mengikut saya membaca...huhuhu. Dia lebih suka jika saya bacakan buku yang bergambar...Mencabar jugak kan nak mengajar anak ni kan...... 
 
Anak saya qari sangat suka menonton tv. Cara seterusnya yang saya lakukan pula ialah dengan membeli vcd dan mendownload video-video yang ada lagu-lagu huruf hijaiyah. Cara ini lebih berkesan terhadap anak saya. Dia akan menyanyi-nyanyi  bersama cousinnyer dan secara tidak langsung sudah menghafal huruf-huruf hijaiyah tersebut walaupun ada beberapa huruf yang masih tertinggal....huhuhuhu....Tapi saya mencari-cari lagi jika ada cd yang menarik..Sukar untuk saya mendapatkan vcd yang interaktif dan menarik. Video dari youtube pula biasannya berbunyi dalam bahasa indonesia....

Antara produk yang saya gunakan:
 
 

 
 
 
 Set al furqan boleh didapati di  adik bijak
 
Itu saja serba sedikit yang saya dapat kongsikan..walaupun tak seberapa diharap dapat membantu=)
 
  




 


Lagu Jiwa

Serius...tahun ni memang tahun yang mencabar buat saya..Tahun yang banyak menduga saya, dan lirik lagu ni sangat dekat di hati saya....



Lirik Lagu AdaMu – Najwa Latif


Merenung ke luar jendela

Melihat kebesarannya

Mensyukuri segala nikmat

Yang dikurniakan di dunia



Kau berikan ku kekuatan

Tuk berpegang pada jalan

Walau penuh dengan cabaran

Ku tahu ku adaMu Tuhan



Kerna kau yang satu

Yang setia bersama ku

Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu

Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu

Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu



Ku tahu ku adaMu

Ku adaMu selalu



Kerna kau yang satu

Yang setia bersama ku

Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu

Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu

Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu



Ku tahu ku adaMu

Ku adaMu selalu



ku merenung ke luar jendela

Melihat kebesarannya

Walau penuh dengan cabaran

Ku tahu ku adaMu Tuhan



Potty Training

Alhamdulillah..akhirnya Qari sudah bebas dari PAMPERS sepenuhnya...kami dah tak payah beli pampers qari lagi. Kami mulakan potty train qari sejak dia berumur 2 tahun lebih. Mula-mula start memang agak ragu-ragu skit. Dalam hati tertanya jugak..adakah awal sangat nak potty train dia? Bule ke kami berjaya? Tapi pada masa yang sama kami pun kena mencuba dan percaya kepada anak-anak. Kat sini mama nak share macamana kami berjaya potty train qari...Mungkin bule membantu kawan-kawan yang sedang mencuba untuk potty train anak-anak anda...

  • Kami mula-mula potty train qari pada  hari cuti dan weekends dulu disebabkan masa tu je kami ada sepanjang hari bersama qari. Setiap minggu jika berada di rumah memang kami tak pakaikan qari pampers. Kami nak dia rasa betapa selesanya dia kalu tak pakai pampers.
  • Aturkan jadual ke tandas. Kami pastikan kalu dia tak pakai pampers setiap 2 jam atau selepas dia makan/minum kami akan bawa dia ke tandas. Kat sini parents mestila rajin ye...jangan marah kalau anak anda nak ke tandas berulang-ulang kali..
  • Jika nampak muka anak anda lain macam jer...tanya dia, adakah mereka mahu ke tandas..Ini bagi melatih mereka supaya memberitahu kita jika mereka terasa hendak ke tandas.
  • Jangan marah mereka jika mereka terkencing atau tak sempat ke tandas terutamanya jika mereka terkencing di depan pintu tandas
  • Bodek dan puji mereka setiap kali mereka berjaya ke tandas.
  • Belikan seluar dalam / boxer yang mempunyai gambar karakter kegemaran mereka...Sure mereka akan suka.
  • Sediakan alat/bantuan untuk mereka membuang air. Kami belikan pelapik tandas untuk kanak-kanak supaya qari tak terasa takut nak duduk atas mangkuk tandas tu..
 
Ada lagi tips-tips lain. mungkin akan bersambung kot kalau rajin...hehehe. Semoga berjaya..
 
source google

     







Sole Nice Neon Denim Pumps

Ada sesiapa yang berminat tak ngan kasut ni?
Just nak let go RM36 (including postage)
New shoes. Tersalah beli size kasut sebenarnya.
Material denim dan stripe atas kasut tu kaler striking yellow.
size kasut 38
 
Kalau berminat bule pm saya mamaqari@gmail.com
 







 




Peserta DPA 2012 Meninggal Dunia

 
Pukul 3.42pm td abah sms..Katanyer ada sorang peserta DPA batch dia telah meninggal sebab lemas semasa menjalani latihan air. Innaalillah...Tiba-tiba darah mama terasa berderau jer...Ya Allah ada lagi kes yang meninggal ke..
 
Sedih sangat rasanyer. Dah la terpisah, tiba-tiba dapat berita macam ni pulak. Harap abah dapat la balik tak lama lagi. Risau sangat dah ni..Abah kata air dia sangat dalam. Abah pun hampir lemas jugak tadi...Ya Allah lindungilah mereka semua....
 
Tak tau la apa relevennyer PTD nak kena buat semua module wataniah bagai. Kalu nak buat pun aspek keselamatan dan kesihatan peserta perlulah diutamakan. Ni dah masuk kes 2 yang menyebabkan kematian.
 
Arwah meninggalkan seorang isteri dan sepasang anak kembar kalu tak silap. Di harap isteri arwah dapat menerimanya dengan tabah....Salam takziah buat keluarga arwah....
 
We miss u abah....=(
 
 
 
 


Si Baju Hijau....

Abah masih lagi berkrusus..Sekarang dah masuk module wataniah...Minggu ni tak bule balik sebab krusus dekat pahang...Ada 3 bulan lagi nak abis..maaakkk aiiii..lama lagi tuh....Muka abah pun dah hitam sampai anak pun dah tak kenal..bila tengok gambar ni qari dengan konfiden kata "ni gambar kawan abah kan mama?"....sejak bila la pulak abah ada kawan ngn askar...hahaha
 
Jadi tinggal la kami  tiga budak hitam kebosanan kat umah minggu ni...Tiga budak hitam tak de plan nak gi memana. Mak budak hitam payah nak mengangkut budak hitam dua orang lagi tu kalau abah budak hitam tak de...

 
Lagu khas buat kawan abah...
 
Si baju hijau
Sedang bertugas
Di perbatasan
Peluru tak bermata
Harus waspada

Datangnya ia
Tak kenal saudara
Lawanlah ia tentu
Dengan hati semangat waja
Tanda putra setia

Gagah perkasa
Bersedia
Siang dan malam
Di persada negara
 
Lalalala......lalalalala....setakat gambar pegang senapang je mak budak hitam pun bule buat....cuba kasi  tembak sedas dua skit....kekekekeke
 
salam sayang buat abah dari kami tiga budak hitam....xoxo


Kisah Mata dan Raya Part 2

Setelah balik ke rumah, mama pun bawaklah adik Aqeel ke hospital untuk memasukkan balik prosthesis yang tercabut tu. Prosthesis tu mama simpan dalam sampul duit raya jek sampai Dr. pn tergelak bila mama kuarkan angpow yang berisi biji mata. Dr. pun cuba masukkan prosthesis tersebut tapi tak berjaya. Adik aqeel pulak dah meraung2 sakit sampai Dr. pun tak sampai hati nak buat. Menurut kata Dr., biji mata tu dah tak muat dengan mata dia disebabkan cutting yang diorg buat masa surgery hari tu dah bercantum balik. Aqeel pun dah 6 hari x pakai prosthesis tu dan logik la kalau dia bule bercantum balik sebab kanak2 memang cepat recover. Dr. decide suh buat surgery sekali lagi. Kebetulan dia free esok tu sebab ada patient yang tak jadi buat operation. Mama pun ok je la...so hari tu jugak kena admit...huhuhu dah la tak prepare nak duk hospital.... 
 
Duduk la kami berdua dalam wad. Lebih kurang kul 2pm jumpa Dr. bius.Nasib baik la Aqeel tak demam atau selsema, so esok dia akan dibius dulu before surgery. Memang time tu rasa frustated sangat. Kalau la mama berani nak pasang prosthesis pada mata Aqeel mesti tak perlu dah 2nd surgery nih....sedey wey tengok dia dalam keadaan tak sedar diri dalam bilik operation tu....
 
Malam tu tido pun tak berapa nak nyenyak takut terbangun lewat. Aqeel akan masuk bilik OT kul 7.30am keesokkan harinya, lepas semayang subuh mama terus mandi dan siapkan aqeel. Masuk bilik OT perasaan mama tenang skit tak macam 1st surgery hari tu tapi perasaan takut tu still ada....dah la pagi tu hujan lebat sangat, masuk bilik OT lagila sejuk beku.....jantung pulak..dupdap..dupdap...haishhhh.=(




Kisah Mata dan Raya

Last two weeks before raya Aqeel ada buat surgery sikit untuk masukkan prosthesis pada mata kanan dia. Prosthesis tu lebih kurang macam artifical eye atau mata palsu. Memang kami nak sempatkan jugak la buat surgery tu before raya sebab aqeel dah request nak beraya dengan mata baru. Tapi pada malam ketiga raya sedang kami enak menjamu selera di rumah makcik, tiba-tiba kelihatan sebijik mata di atas sampul duit raya aqeel yang mama letakkan di sebelah tempat duduk mama sedang merenung mama. Dengan sepantas kilat mama terus menuju ke arah Aqeel yang sedang didukung oleh mama tok dan melihat ke arah matanyer. Sah..Memang mata aqeel. Nampaknyer mata budak comel itu telah terjatuh. Mama memang perasan, aqeel selalu gosok mata dia. Mungkin dia masih tidak selesa dengan mata baru tu dan dia selalu gatal tangan nak korek biji mata dia.

Malam tu setelah aqeel tido kami memulakan misi memasukkan mata dia. Tapi memang susah, asal sentuh jer mata dia, dia menangis. Mungkin fobia agaknyer bila kami sentuh matanyer. Bila biji mata tu dah nak masuk jer aqeel pulak menepis dengan tangannyer, x pun dia pejam mata kuat-kuat dan mata yang dah nak masuk sangat tu pun terkeluar balik....

Malam seterusnyer kami mencuba lagi dan setelah berkali-kali gagal akhirnya kami pun give up. Plan untuk bawak aqeel ke hospital bila dah balik Subang nanti. Biar Dr. je lah yang masukkan. Lagipun kami memang tak sampai hati tengok dia menangis masa nak masukkan prosthesis tu :-(