Catatan Dari HKL Part 4

Sambungan dari entry yg lepas....haishhhh bila la nk abis nih

Lepas Aqeel dh sedar dan bacaan BP dia pn dh ok kami dibawa semula ke wad. So duduk la kami dlm wad. Kat wad macam biasa la duk borak2 ngn mak2 kad wad tu. Petang tu Dr. dtg buat lawatan. Menurut Dr. untuk mata sebelah kanan dia diorang nak cuba masukkan artifical eye tu tp disebabkan mata aqeel kecik sangat diorg nk kena tempah khas benda tu untuk aqeel.. Lagipun memang sejak lahir lagi dia tak ada eye ball so kelopak mata dia sgt kecil. Lepas besarkan lubang mata dia, Dr. mungkin akan letak implan pulak untuk membentuk kelopak mata dia. Dah macam ala2 pembedahan kosmetik pulak...heheheh....Bagi mata kiri dia pulak, Dr kata saraf mata dia ada, anak mata pun ada tapi mata depan dia agak kelabu sangat. Mama pun ada jugak tanya Dr. rasa2nyer aqeel ni bule melihat ke tidak...then Dr. kata kalau dia dapat melihat pun pandangan dia kabur2 jer.. Semua budak2 kat situ dh bule balik kecuali Aqeel sebab keesokannya tu ada Dr pakar nak jumpa.Huhuhuhu...tinggal la kami berdua jer malam tu dalam wad yg ada 6 katil tuh. Huhuhuhu...nasib baik la mama ni berani jugak duduk berdua ngan aqeel...Abah pulak message dan kata dia dh on d way pegi melaka dan mungkin dia tak dapat contact dalam 5 hari....asal la hari ni semua nyer benda yang tak best jer happened...sabau je la...Ya Allah kuatkan la semangat hamba mu ini....amin.

Sedeynyer la bila semua orang dah bule balik kecuali kami....huhuhu...Malam tu wad senyap jer. Yela sebab tak ada org kan.Nak borak2 pun, mama borak ngn aqeel je la...tu pun kalau dia tak tido.. Tinggal lah mama dan aqeel duk menghitung jam bila la nak pagi nih....Dalam pukul 11pm kami pun terlena. Sedang kami tengah tido tu tiba2 mama rasa katil kami bergoyang2. Aishhh...asal pulak nih..Masa tu pulak dah tengah malam. Lampu pun banyak yang dah ditutup so keadaan masa tu samar2 jer. Mama pun bukak mata sikit2. Masa tu ternampak la satu lembaga depan katil kitorg. Dalam hati dah kecut jugak ni...sapa pulak nih datang melawat malam2 nih....Bukak mata lagi skit...haishhh...lega bila nampak attendan hospital rupanyer tengah padam board yg dekat depan katil kitorg..Hampehh tul la atendan tu, buat saspen  jek...Agak2 la pun... nak padam pun sampai bergoyang2 katil kitorg...kekekekeke. nasib baik makcik xde sakit jantung

Macam biasa la bersambung lagi......

0 comments:

Post a Comment