Catatan Dari HKL Part3

Sambungan dari entry lepas.....

11/06/12

Pagi2 lg kmi dh bertolak ke HKL. Acu, adik mama yg paling bongsu turut menemani kami. Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 5.45am dan sampi HKL pada pukul 6.30am. Clear betul jalan pagi2 cani. Kan bagus kalau setiap hari pun macam ni, kejap jer dah sampai HKL. Sampai tu terus solat subuh dulu. Lepas solat, lepak2 kat katil wad. Pukul 7am kawan abah datang. Diorg dah janji nak ke INTAN Bukit Kiara sama2 (tempat abah stay masa krusus DPA nanti). Abah pun pergila meninggalkan kami dengan hati yang berat...huhuhu..sedey tul time nih....Cam cita hindustan pulak bila hero dan heroin kena berpisah sebab keluarga diorg halang percintaan mereka..kekekekeke...

Dalam pukul 9.30am Aqeel dah dipangil masuk bilik OT. Hanya seorang je yg bule teman sampai ke OT. Mama suruh acu balik dulu. Tinggal la mama berdua dengan adik Aqeel. Dalam OT tu ada pintu yang berlapis-lapis. Pintu pertama masuk, pintu kedua tukar selipar dan pakai baju biru dan tutup kepala dan pintu ketiga baru masuk ke dalam. Kat dalam tu ada banyak bilik. Aqeel dan mama dibawa masuk ke bilik no. 10. Kat dalam ni memang sejuk gila..kecut perut rasa. Ni la 2nd time mama masuk bilik OT. Sebelum ni masuk ketika nak melahirkan qari, kali ni masuk temankan Aqeel pulak. Masuk dalam OT tu ada dalm 3-4 orang yg semua pun pakai mask. Rasa macam seram sejuk je bila masuk tengok alat2, mesin2 dalam bilik tu..Haishhh...sian anak mama nanti....apa la diorg nk buat nih....

Masuk dalam OT tu Dr bius memperkenalkan diri dia. Mama disuruh duduk sambil pegang adik Aqeel. Dr. bius kemudian masukkan jarum di kedua belah tangan aqeel. Masa tu memang mengamuk la si kecik nih. Meronta-ronta bila kena jarum tuh. Lepas dah masuk jarum Dr. tu baca doa dan kemudian memasukkan cecair kat tempat drip tu.  Lepas masuk ubat tu aqeel dari agresif terus jer tetiba jadi senyap dan terkulai. Kemudian Dr. suruh mama baringkan dia. Mama dah sedey dah time tu tengok dia terkulai dan tak sedarkan diri. Dr kemudian suruh mama cium adik aqeel dan tunggu kt luar...waaaaa....lg la sedey..bila cium dia tu rasa macam ciuman terakhir jer....ya Allah kuatkan la semangat hamba mu yang lemah ini....

Mama dengan langkah yang berat keluar dari bilik OT dan pergi ke bilik menunggu. Hanya Allah je la tau perasaan mama time tu. Memang sangat risau. Dahla abah pulak xde...lg la bertambah sedey....air mata ni duk menitik2 jatuh....Dalam bilik menunggu tu ada seorang perempuan lebih kurang sebaya mama sedang peluk teddy bear. Mungkin dia tengah tunggu anak dia jugak dalam bilik OT...Haishhh..mama tahan je la  perasaan sedey tu...cuba kuatkan semangat....Mama capai handphone dan sms abah untuk update pasal aqeel. Tak lama lepas tu abah call, tanya pasal aqeel.....suruh mama be strong tp suara dia yang macam sebak nak nangis kekekekek.. Mama tanya keadaan abah kat sana. Abah kata datang2 je terus register, kemas barang then diorang suruh tukar baju dan kena buat exercise. Sian kat abah...Dia pun macma dh x bule concentrate jer sb asyik ingat kat aqeel ngn mama skali....

Dah sejam menunggu aqeel kat sini...Hopefully semua ok. Tujuan sebenar aqeel masuk dlm OT sebab nak check mata kiri dia. Kalau perlu operation Dr. akan proceed dengan operation sebab aqeel dah kena bius..So takdela dia kena bius banyak kali. Tak lama lepas tu tiba2 ada orang panggil nama Aqeel. Mama pun bangun dan dia bawa mama ke tempat pemerhatian. Kat situ Aqeel tengah terbaring atas katil. Diorg tengah memantau keadaan dia disebabkan bius tadi. Sedeynyer la bila tengok budak kecik tu. Dah la kepala dia pn berbalut. Kaki pulak kena sepit sebab nak ambil bacaan BP. Aqeel macam tak sedar diri lagi. Masih lena dia tidur...Tenang sangat hati ni bila dah nampak muka dia....

Bersambung lagi.....

0 comments:

Post a Comment