Kisah Mata dan Raya

Last two weeks before raya Aqeel ada buat surgery sikit untuk masukkan prosthesis pada mata kanan dia. Prosthesis tu lebih kurang macam artifical eye atau mata palsu. Memang kami nak sempatkan jugak la buat surgery tu before raya sebab aqeel dah request nak beraya dengan mata baru. Tapi pada malam ketiga raya sedang kami enak menjamu selera di rumah makcik, tiba-tiba kelihatan sebijik mata di atas sampul duit raya aqeel yang mama letakkan di sebelah tempat duduk mama sedang merenung mama. Dengan sepantas kilat mama terus menuju ke arah Aqeel yang sedang didukung oleh mama tok dan melihat ke arah matanyer. Sah..Memang mata aqeel. Nampaknyer mata budak comel itu telah terjatuh. Mama memang perasan, aqeel selalu gosok mata dia. Mungkin dia masih tidak selesa dengan mata baru tu dan dia selalu gatal tangan nak korek biji mata dia.

Malam tu setelah aqeel tido kami memulakan misi memasukkan mata dia. Tapi memang susah, asal sentuh jer mata dia, dia menangis. Mungkin fobia agaknyer bila kami sentuh matanyer. Bila biji mata tu dah nak masuk jer aqeel pulak menepis dengan tangannyer, x pun dia pejam mata kuat-kuat dan mata yang dah nak masuk sangat tu pun terkeluar balik....

Malam seterusnyer kami mencuba lagi dan setelah berkali-kali gagal akhirnya kami pun give up. Plan untuk bawak aqeel ke hospital bila dah balik Subang nanti. Biar Dr. je lah yang masukkan. Lagipun kami memang tak sampai hati tengok dia menangis masa nak masukkan prosthesis tu :-(




4 comments:

semoga anak aqeel sihat n dpt terima mata baru tu!

 

Insyaallah..terima kasih teratai:-)

 

salam..aqeel, aunty doakan aqeel sentiasa sihat.. seronok bila ada update pasal aqeel n abgnya..

-sya-

 

Post a Comment