Cara Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

"salam... dah mulakan ke sesi ajar anak mengenal huruf hijaiyah? apa progres? boleh kongsi?"
 
Ok..saya mendapat komen ini dari seorang pembaca so maknanyer  saya kena share macamana saya mengajar anak saya. Sebenarnya saya pun masih baru lagi. Almaklumlah anak pun baru masuk 2 orang dan yang sulung pun masih berumur 3 tahun. Saya rasa macam tak cukup ilmu pun nak jawap soalan ni...huhuhuhu.. Tapi tidak mengapa, saya cuma nak berkongsi dan tidak semestinya cara saya ni betul.
 
Ada pelbagai cara untuk kita mengajar anak-anak. Salah satunya ialah dengan menggunakan flash card. Ibu-ibu rajin-rajinkan lah bermain flash card bersama-sama anak anda. Amik masa sekurang-kurangnyer 5-10 minit sehari. Jika ada buleh menjadikan ia sebagai rutin lagi bagus.... Tapi cara ini tidak berapa menjadi untuk anak saya. Mungkin saya tak cukup effort untuk  bermain flash card dengan anak saya..Mula-mula je rajin pastu.... hampesss...Mungkin juga cara saya mengajar salah? Saya cuba mengambil pendakatan cuba jaya...Jika tidak berjaya kita cuba pula cari cara lain..

Saya juga pernah mencuba mengajar qari dengan menggunakan buku iqra. Tapi nampaknyer dia lebih tertarik untuk menyelak muka surat dari mengikut saya membaca...huhuhu. Dia lebih suka jika saya bacakan buku yang bergambar...Mencabar jugak kan nak mengajar anak ni kan...... 
 
Anak saya qari sangat suka menonton tv. Cara seterusnya yang saya lakukan pula ialah dengan membeli vcd dan mendownload video-video yang ada lagu-lagu huruf hijaiyah. Cara ini lebih berkesan terhadap anak saya. Dia akan menyanyi-nyanyi  bersama cousinnyer dan secara tidak langsung sudah menghafal huruf-huruf hijaiyah tersebut walaupun ada beberapa huruf yang masih tertinggal....huhuhuhu....Tapi saya mencari-cari lagi jika ada cd yang menarik..Sukar untuk saya mendapatkan vcd yang interaktif dan menarik. Video dari youtube pula biasannya berbunyi dalam bahasa indonesia....

Antara produk yang saya gunakan:
 
 

 
 
 
 Set al furqan boleh didapati di  adik bijak
 
Itu saja serba sedikit yang saya dapat kongsikan..walaupun tak seberapa diharap dapat membantu=)
 
  




 


0 comments:

Post a Comment