Potty Training

Alhamdulillah..akhirnya Qari sudah bebas dari PAMPERS sepenuhnya...kami dah tak payah beli pampers qari lagi. Kami mulakan potty train qari sejak dia berumur 2 tahun lebih. Mula-mula start memang agak ragu-ragu skit. Dalam hati tertanya jugak..adakah awal sangat nak potty train dia? Bule ke kami berjaya? Tapi pada masa yang sama kami pun kena mencuba dan percaya kepada anak-anak. Kat sini mama nak share macamana kami berjaya potty train qari...Mungkin bule membantu kawan-kawan yang sedang mencuba untuk potty train anak-anak anda...

  • Kami mula-mula potty train qari pada  hari cuti dan weekends dulu disebabkan masa tu je kami ada sepanjang hari bersama qari. Setiap minggu jika berada di rumah memang kami tak pakaikan qari pampers. Kami nak dia rasa betapa selesanya dia kalu tak pakai pampers.
  • Aturkan jadual ke tandas. Kami pastikan kalu dia tak pakai pampers setiap 2 jam atau selepas dia makan/minum kami akan bawa dia ke tandas. Kat sini parents mestila rajin ye...jangan marah kalau anak anda nak ke tandas berulang-ulang kali..
  • Jika nampak muka anak anda lain macam jer...tanya dia, adakah mereka mahu ke tandas..Ini bagi melatih mereka supaya memberitahu kita jika mereka terasa hendak ke tandas.
  • Jangan marah mereka jika mereka terkencing atau tak sempat ke tandas terutamanya jika mereka terkencing di depan pintu tandas
  • Bodek dan puji mereka setiap kali mereka berjaya ke tandas.
  • Belikan seluar dalam / boxer yang mempunyai gambar karakter kegemaran mereka...Sure mereka akan suka.
  • Sediakan alat/bantuan untuk mereka membuang air. Kami belikan pelapik tandas untuk kanak-kanak supaya qari tak terasa takut nak duduk atas mangkuk tandas tu..
 
Ada lagi tips-tips lain. mungkin akan bersambung kot kalau rajin...hehehe. Semoga berjaya..
 
source google

     







7 comments:

wargh...xsempat nk train farouq lagi

 

Terima kasih...info yang sanagat berguna... anak me pun dah nak cecah 2 tahun...boleh guna panduan ni untuk latih dia potty train...

B4 that, nak gi cari toilet seat dulu...haha...

 

Cepat2 la train.nnti jimat sebab tak yah beli pampers dah

 

Bagi je peralatan yang dia selesa dan tak takut..kalau qari dia selesa pakai pelapik mangkuk tandas tu.good luck:-)

 

nanti anak dah 2 tahun nak train juga guna potty poopoo ni, :D

 

mana nak beli pelapik tandas kanak-kanak?

 

saya beli kat giant..kat carefour pun ada

 

Post a Comment