Jubah Abaya Dubai Giveaway



Syarat-syarat Penyertaan:
 
1. Blogger

>Jadi follower blog ni dan blog http://www.dobuy.blogspot.com/

>Buat simple entry bertajuk Jubah Abaya Dubai Giveaway .

>Jangan lupa letakkan banner dan syarat2 penyertaan

>Anda perlu letakkan url post giveaway ini ke dalam entry anda.
 
 
 
 
2. Facebook
 
>Like page Do Buy DazzleD
    >Like post ini (seperti gambar di sebelah)
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
    >Share ke wall Facebook anda mengenai giveaway ini & tag Do Buy Dazzle

 
Good Luck!!!

Kitchen Cabinet

Update rumah..

Alhamadulillah Kitchen Cabinet dah pun siap..puas hati... Lama jugak kami survey untuk KC ni. Almaklumlah banyak nak kena invest untuk buat KC ni. Mesti la kalau ada option yang lebih murah, mesti la nak yang murah kan... tapi kualiti mestila masih yang terbaik. Kalau setakat murah tapi tak ada kualiti  pun tak ok jugak..

Mula-mula kami buat survey dulu. Kami survey sebelum dapat kunci rumah lagi. Disebabkan kami pun tak berapa pasti luas rumah sebenar dapur kami, kami ambil anggaran jer dari pelan dan buat lakaran lukisan. Lepas tu kami cuba menghantar ke seberapa banyak company KC yang ada dengan menggunakan email/fb terus ke company tersebut. Kalau korang ada pelan rumah, bule sertakan sekali supaya mereka senang nak buat anggaran keluasan KC nanti.. Dekat setahun la jugak kami membuat survey ni sehinggakan kami ke Homedec di KLCC dua kali dan setiap kali pergi mesti tanya harga untuk KC walaupun harga tak jau beza mana dengan previous Homedec.

 Untuk quotation, kami bagi jer spec yang sama iaitu jenis table top konkrit, ada tall unit, dan material 3G. Walaupun sebenarnya agak susah untuk compare harga dari quotation yang kami dapat (sebab setiap company kadang-kala material/spec yang mereka ada yang tak sama compared dengan company lain) kami membuat anggaran kasar harga KC kami. Dari situ kami bule agak company mana yang menawarkan harga yang lebih murah.

Lepas tu kami listkan company yang harga mereka agak ok, kami try pulak google company-company tersebut untuk tahu ada tak orang review pasal company mereka di blog atau forum. Sekurang-kurangnya dapat tahu macamana hasil kerja mereka yang terdahulu.

Dan hasilnya
.
.
.
.
.
.
.

 
 

Tudung Bawal Air Brush by CitrAida

**Ini adalah sticky post**

Assalamualaikum Ladies,

Kepada peminat tudung bawal tegar, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Tudung Bawal Air Brush by CitrAida. Untuk sesiapa yang belum tau owner Citraida, iaitu Aida merupakan juara bagi program gadis melayu musim pertama. Kepada peminat shawl pulak, anda juga harus miliki tudung ni sebab ia juga bule dipakai seperti shawl..

Sila jamu mata ye...
**Warna tudung dalam gambar mungkin berbeza sedikit dari warna yang sebenar


AB01 (SOLD)
  AB02 (SOLD)
 AB03 (SOLD)
 AB04 (SOLD)
 AB05 (SOLD)
 AB06 (SOLD)

 AB07

AB08 (SOLD)

  AB09 (SOLD)

 AB10 (SOLD)

 AB11

 AB12 (SOLD)

 AB13 (SOLD)
 AB14 (SOLD)
 AB15 (SOLD)
 AB16

 
AB17 (SOLD)
 AB18 (SOLD)
 AB19 (SOLD)
 AB20 (SOLD)

RM35 sahaja (including postage)
Jika berminat, sila email ke mamaqari@gmail.com atau pinkerdotmail@gmail.com berserta dengan kod tudung.




Pertemuan Yang Tak Disangka...

Semalam mama ke Hospital Serdang. Adik aqeel ada appoiment dengan 
Ophthalmologist. Kami pergi bertiga. Mama, mama tok dan adik aqeel. Sampai jer kat hospital, mama drop mama tok dan aqeel dekat depan pintu masuk sementara mama cari parking. Setelah pusing-pusing dekat kawasan parking, akhirnya jumpa jugak parking kosong. Alhamdulillah...ada rezeki.

Setelah masuk ke dalam hospital, mama kemudian pergi ke kaunter pendaftaran untuk mengambil nombor. Lepas dah dapat nombor, mama mencari-cari mama tok dan aqeel. Akhirnya jumpa jugak diorang. Mama tok dah siap dapat tempat duduk dan sedang berborak-borak dengan orang sebelah. Mama menghampiri mereka, tapi kebetulan dekat row tu memang tak ada tempat kosong. Tiba-tiba mama terpandang ada 3 tempat kosong di bahagian depan, terus ajak mama tok untuk duduk kat sana.

Bila dah duduk tu, mama susukan baby aqeel. Lepas dah menyusu biasa budak bulat akan melompat-lompat keriangan setelah perut kenyang. Tengah bermain-main dengan budak bulat, orang sebelah asyik duk usha-usha kami..Disebabkan kami ni memang perasan biasa di usha, so mama wat dek jer. Tiba-tiba orang sebelah tanya "Berapa bulan ni?". Mama jawap "10 bulan" dengan ringkas. Dalam hati mesti dia nak tanya "Kenapa mata anak awak ni? Dari sejak lahir ke dia macam ni..ishhhh....Kesiannya dia kecik-kecik lagi dah macam ni..."...soklan yang biasa diajukan kalau kami berada di public. Tapi jangkaan mama meleset apabila orang sebelah tiba-tiba bersuara "Anak akak pun macam ni dik..Nak buat macamana memang dah rezeki kita. Terima je la kan dik...". Erk...mama terkesema. Tiba-tiba mama terus jadi ramah giler dan tanya soklan macam-macam kat akak sebelah tu. Serius, sejak aqeel lahir mama ni pantang berjumpa dengan orang buta, atau perkara-perkara yang berkaitan dengan sewaktunya.. Perasaan ingin tahu mama terhadap orang kurang upaya penglihatan ni  sangat membuak-buak.

Orang sebelah atau mama panggila dia kak sue juga mempunyai anak yang ada masalah penglihatan. Anak dia sebaya dengan aqeel. Dalam duk borak-borak tu kami bertukar-tukar nombor phone dan dia ada memberitahu yang ada kelas khas untuk bayi-bayi seperti ni dan ajak mama sama-sama join mereka. Pengajaran hari ini...Tak rugi kan kalau kita ramah dengan orang? Mungkin Allah s.w.t dah tentukan kami berjumpa. Alhmadulillah..syukur pada mu Ya Allah....