Kitchen Cabinet

Update rumah..

Alhamadulillah Kitchen Cabinet dah pun siap..puas hati... Lama jugak kami survey untuk KC ni. Almaklumlah banyak nak kena invest untuk buat KC ni. Mesti la kalau ada option yang lebih murah, mesti la nak yang murah kan... tapi kualiti mestila masih yang terbaik. Kalau setakat murah tapi tak ada kualiti  pun tak ok jugak..

Mula-mula kami buat survey dulu. Kami survey sebelum dapat kunci rumah lagi. Disebabkan kami pun tak berapa pasti luas rumah sebenar dapur kami, kami ambil anggaran jer dari pelan dan buat lakaran lukisan. Lepas tu kami cuba menghantar ke seberapa banyak company KC yang ada dengan menggunakan email/fb terus ke company tersebut. Kalau korang ada pelan rumah, bule sertakan sekali supaya mereka senang nak buat anggaran keluasan KC nanti.. Dekat setahun la jugak kami membuat survey ni sehinggakan kami ke Homedec di KLCC dua kali dan setiap kali pergi mesti tanya harga untuk KC walaupun harga tak jau beza mana dengan previous Homedec.

 Untuk quotation, kami bagi jer spec yang sama iaitu jenis table top konkrit, ada tall unit, dan material 3G. Walaupun sebenarnya agak susah untuk compare harga dari quotation yang kami dapat (sebab setiap company kadang-kala material/spec yang mereka ada yang tak sama compared dengan company lain) kami membuat anggaran kasar harga KC kami. Dari situ kami bule agak company mana yang menawarkan harga yang lebih murah.

Lepas tu kami listkan company yang harga mereka agak ok, kami try pulak google company-company tersebut untuk tahu ada tak orang review pasal company mereka di blog atau forum. Sekurang-kurangnya dapat tahu macamana hasil kerja mereka yang terdahulu.

Dan hasilnya
.
.
.
.
.
.
.

 
 

19 comments:

wahh bestnya nak masak mcm nie....lepas nie rajin2 masak bawak opis...

 

kehkehekeh....kena gilap skill memasak dulu baru leh bawak ke opis

 

seronoknya kalau ada rumah sendiri.. mmmmm macam lambat lagi jer nak dapat :(

 

Miss N: insyaAllah ada rezeki tu nnti=)

 

Thanks..buat dengan Intech Kitchen

 

harga dia brape..

 

Anon:Kalau nak tau details harga bule pm saya mamaqari@gmail.com. InsyaAllah sy share nnti=)

 

salam...boleh share details tak...3G or 4G?harga?sy pun cadang nak buat ngan intech sbb ramai yg suggest diaorg...pm me kosongplate02@yahoo.com

 

saya dah dapat info....terima kasih banyak2....

 

As salam...boleh share details tak? email saya mdmkillemall@gmail.com. TQ!

 

salam mdmkillemall..cek email ye=)

 

Sy dh emel u nk mntak details..pls reply.tq

 

anon check email ye..sy dh reply=)

 

wahh, terbaik..boleh pm tak.... brunsonkkr@gmail.com

 

salam nak tahu juga kos untuk KC ni, dengan contact dan harga plaster siling boleh?
oshbeckz@gmail.com..
rumah ni dekat area mana ye?

 

Post a Comment