Pertemuan Yang Tak Disangka...

Semalam mama ke Hospital Serdang. Adik aqeel ada appoiment dengan 
Ophthalmologist. Kami pergi bertiga. Mama, mama tok dan adik aqeel. Sampai jer kat hospital, mama drop mama tok dan aqeel dekat depan pintu masuk sementara mama cari parking. Setelah pusing-pusing dekat kawasan parking, akhirnya jumpa jugak parking kosong. Alhamdulillah...ada rezeki.

Setelah masuk ke dalam hospital, mama kemudian pergi ke kaunter pendaftaran untuk mengambil nombor. Lepas dah dapat nombor, mama mencari-cari mama tok dan aqeel. Akhirnya jumpa jugak diorang. Mama tok dah siap dapat tempat duduk dan sedang berborak-borak dengan orang sebelah. Mama menghampiri mereka, tapi kebetulan dekat row tu memang tak ada tempat kosong. Tiba-tiba mama terpandang ada 3 tempat kosong di bahagian depan, terus ajak mama tok untuk duduk kat sana.

Bila dah duduk tu, mama susukan baby aqeel. Lepas dah menyusu biasa budak bulat akan melompat-lompat keriangan setelah perut kenyang. Tengah bermain-main dengan budak bulat, orang sebelah asyik duk usha-usha kami..Disebabkan kami ni memang perasan biasa di usha, so mama wat dek jer. Tiba-tiba orang sebelah tanya "Berapa bulan ni?". Mama jawap "10 bulan" dengan ringkas. Dalam hati mesti dia nak tanya "Kenapa mata anak awak ni? Dari sejak lahir ke dia macam ni..ishhhh....Kesiannya dia kecik-kecik lagi dah macam ni..."...soklan yang biasa diajukan kalau kami berada di public. Tapi jangkaan mama meleset apabila orang sebelah tiba-tiba bersuara "Anak akak pun macam ni dik..Nak buat macamana memang dah rezeki kita. Terima je la kan dik...". Erk...mama terkesema. Tiba-tiba mama terus jadi ramah giler dan tanya soklan macam-macam kat akak sebelah tu. Serius, sejak aqeel lahir mama ni pantang berjumpa dengan orang buta, atau perkara-perkara yang berkaitan dengan sewaktunya.. Perasaan ingin tahu mama terhadap orang kurang upaya penglihatan ni  sangat membuak-buak.

Orang sebelah atau mama panggila dia kak sue juga mempunyai anak yang ada masalah penglihatan. Anak dia sebaya dengan aqeel. Dalam duk borak-borak tu kami bertukar-tukar nombor phone dan dia ada memberitahu yang ada kelas khas untuk bayi-bayi seperti ni dan ajak mama sama-sama join mereka. Pengajaran hari ini...Tak rugi kan kalau kita ramah dengan orang? Mungkin Allah s.w.t dah tentukan kami berjumpa. Alhmadulillah..syukur pada mu Ya Allah....



2 comments:

Jodoh pertemuan di tangan Allah...itu yg pasti!

 

Ya, betul tu. Setiap masalah tu jika kita redha dan tak putus harap, insya Allah Allah s.w.t akan permudahkan jalan kita.

 

Post a Comment