Half Moon Printed Shawl

**Sticky Post**
Sila scroll ke bawah untuk entry terbaru


Assalamualaikum Ladies...
Half Moon Printed Shawl yang ohsem....
RM30 tidak termasuk pos
HMP 01 (SOLD)

HMP 02 (SOLD)

HMP 03 (SOLD)

HMP 04 (SOLD)

HMP 05

HMP 06 (SOLD)

HMP 07

HMP 08 (SOLD)

HMP 09 (SOLD)

HMP  10 (SOLD)
Sila pm mamaqari@gmail.com or pinkerdotmail@gmail.com jika berminat.

Tinted Rumah Part 2

Update Rumah...
Rumah dah siap di tinted. Beza rumah tinted dengan tak tinted? Rasa macam lagi sejuk jer kalu rumah bertinted ni. Cuma kalau waktu malam org luar leh nampak dalam rumah la pulak. Tapi takpe, still bule cover dengan langsir. Selain daripada tu, kalau kita pasang tinted langsir pun bule tahan lama sebab langsir-langsir ni akan kurang kena pancaran matahari secara terus.
Kami pilih tinted kaler biru, favourite kaler abah. Di mata dia biru jer la cantik sampaikan sofa kami pun kaler biru..haishhh...
 tinted biru



selepas tinted

kaler-kaler lain yang ada selain biru

Untuk keterangan lanjut/quotation bule hubungi
abg rosdi @ 0122095967






Check in @ HKL

19/12/12 Aqeel admitted to HKL sebab nak buat EUA. EUA tu singkatan pada Examination Under Anesthesia. Maksudnya dia akan dibius semasa pemeriksaan dijalankan. Ini kali ke-2 Aqeel ke HKL untuk EUA. Alhamdulillah kali ni kami dapat 1st class. Kalau dekat HKL ni susah sikit nak dapat 1st class sebab pesakit sangat la ramai....
 
Prosedur EUA, hari pertama admit to HKL dan Dr. bius akan check.  Aqeel kena berpuasa solid food start pada pukul 6am dan air masak bule minum sampai pukul 8am sahaja. Lepas tu sebarang makanan dah tak bule makan.
 
Hari kedua (20/12/12), Aqeel dah start merengek-rengek sebab lapar. Pukul 1pm kami masuk ke bilik OT dan mama tunggu sampai Aqeel tak sedarkan diri. Lepas tu mama keluar dan tunggu di tempat yang disediakan.
 
 Dr. panggil mama dan bagi tahu keadaan Aqeel. Mata kiri dia nampak ada perubahan. Selaput yang banyak dulu makin cerah. Dr pun ada tanya mama sama ada Aqeel nampak atau memberi respon...Dalam hati macam tak percaya jer bila Dr. tanya soalan tu. Rasa macam ada harapan jer untuk Aqeel melihat walaupun mama tau dia masih tak ada respon walaupun dengan cahaya.
 
Walaubagaimanapun Dr. kata urat mata Aqeel masih tak sempurna. Maksudnya chances untuk melihat tu agak kurang. Tapi tak pe..mama masih tak berputus asa. Sekurang-kurangnya kami masih berusaha yang terbaik utuk Aqeel. Allah s.w.t itu maha berkuasa dan hanya Dia yang berhak menentukan segalanya. Walaupun Aqeel tak nampak, kami redha. Namun mama masih sentiasa berdoa supaya Aqeel dapat melihat. Insya Allah...
 
 
 




Grill Rumah


Update rumah..

Benda yang pertama sekali bila masuk rumah mestilah pasang grill kan.Tapi disebabkan kesuntukkan masa, saya tak sempat update pasal grill..

Grill rumah kami yang simple giler sebab saya tak berapa minat grill yang berbunga-bunga atau berkerawang sebab nampak agak sarat. Kami pilih kaler putih sebab nak bagi sama dengan pagar depan tu. Ketebalan grill sangat memuaskan hati tapi kekemasan agak kureng sedikit. Harga berpatutan tapi saya tak nak recommendkan kontraktor ni sebab kerja dia tak berapa nak kemas. Ni pun dah 2 kali kami panggil sebab grill salah pasang dan nak dibetulkan..huhuhuhu

Nasibla kan kalau dapat kontraktor macam nih...haishhhh...


 




Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum..
 
Pejam celik, pejam celik dah habis setahun. Cepat betul masa berlalu. Bulan depan Aqeel dah nak masuk setahun. Macam baru jer saya rasa melahirkan dia...Begitu pantas masa berjalan. Kadang-kadang tak terkejar pulak rasanya.
 
 Syukur Alhamdulillah kerana diberi kesempatan lagi merasai nikmat tahun baru. Walaupun tahun ni merupakan tahun yang sangat-sangat mencabar untuk saya...Tahun ni banyak episod suka duka yang dilalui, namun saya tahu Allah s.w.t itu memang adil. Mungkin tahun 2013 pula akan menjadi tahun yang lebih bersinar buat saya.
 
Saya percaya setiap kejadian itu ada hikmahnya. Mungkin itu ujian untuk saya. Saya sangat-sangat bersyukur kerana masih lagi sihat dan  mempunyai keluarga yang sangat supportive, anak-anak yang comel dan suami yang penyabar dengan kerenah  si isteri.. terima kasih Ya Allah...
 
cinta hati saya

 
tulang belakang saya


Terima kasih semua...Kamu semua adalah anugerah yang terindah buat saya....