Check in @ HKL

19/12/12 Aqeel admitted to HKL sebab nak buat EUA. EUA tu singkatan pada Examination Under Anesthesia. Maksudnya dia akan dibius semasa pemeriksaan dijalankan. Ini kali ke-2 Aqeel ke HKL untuk EUA. Alhamdulillah kali ni kami dapat 1st class. Kalau dekat HKL ni susah sikit nak dapat 1st class sebab pesakit sangat la ramai....
 
Prosedur EUA, hari pertama admit to HKL dan Dr. bius akan check.  Aqeel kena berpuasa solid food start pada pukul 6am dan air masak bule minum sampai pukul 8am sahaja. Lepas tu sebarang makanan dah tak bule makan.
 
Hari kedua (20/12/12), Aqeel dah start merengek-rengek sebab lapar. Pukul 1pm kami masuk ke bilik OT dan mama tunggu sampai Aqeel tak sedarkan diri. Lepas tu mama keluar dan tunggu di tempat yang disediakan.
 
 Dr. panggil mama dan bagi tahu keadaan Aqeel. Mata kiri dia nampak ada perubahan. Selaput yang banyak dulu makin cerah. Dr pun ada tanya mama sama ada Aqeel nampak atau memberi respon...Dalam hati macam tak percaya jer bila Dr. tanya soalan tu. Rasa macam ada harapan jer untuk Aqeel melihat walaupun mama tau dia masih tak ada respon walaupun dengan cahaya.
 
Walaubagaimanapun Dr. kata urat mata Aqeel masih tak sempurna. Maksudnya chances untuk melihat tu agak kurang. Tapi tak pe..mama masih tak berputus asa. Sekurang-kurangnya kami masih berusaha yang terbaik utuk Aqeel. Allah s.w.t itu maha berkuasa dan hanya Dia yang berhak menentukan segalanya. Walaupun Aqeel tak nampak, kami redha. Namun mama masih sentiasa berdoa supaya Aqeel dapat melihat. Insya Allah...
 
 
 




6 comments:

InsyaAllah Izzah..

Kite sama2 doakan yg terbaik utk Aqeel..kejap je dia dh nak setahun dh..makin lama makin comel!

-Sya-

 

Cute baby.. Bersabar and banyak-banyak doa. Sorry, tak boleh nak bantu apa-apa.

 

miss N: InsyaAllah and thanks=)

 

kita org satu family doakan yg terbaik utk aqeel. Be +ve

 

Post a Comment