Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum..
 
Pejam celik, pejam celik dah habis setahun. Cepat betul masa berlalu. Bulan depan Aqeel dah nak masuk setahun. Macam baru jer saya rasa melahirkan dia...Begitu pantas masa berjalan. Kadang-kadang tak terkejar pulak rasanya.
 
 Syukur Alhamdulillah kerana diberi kesempatan lagi merasai nikmat tahun baru. Walaupun tahun ni merupakan tahun yang sangat-sangat mencabar untuk saya...Tahun ni banyak episod suka duka yang dilalui, namun saya tahu Allah s.w.t itu memang adil. Mungkin tahun 2013 pula akan menjadi tahun yang lebih bersinar buat saya.
 
Saya percaya setiap kejadian itu ada hikmahnya. Mungkin itu ujian untuk saya. Saya sangat-sangat bersyukur kerana masih lagi sihat dan  mempunyai keluarga yang sangat supportive, anak-anak yang comel dan suami yang penyabar dengan kerenah  si isteri.. terima kasih Ya Allah...
 
cinta hati saya

 
tulang belakang saya


Terima kasih semua...Kamu semua adalah anugerah yang terindah buat saya....
 
 



2 comments:

sama la dengan N, tahun 2012 memang tahun yang sangat mencabar. nasib baik dapat harungi.. anyway, selamat menyambut tahun 2013 :D

 

Selamat tahun baru N. Semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas...

 

Post a Comment