Imam Muda

Sempena perpindahan kami awal bulan February tahun ni, Qari pun dipindahkan nursery jugak. Kami hantar dia di kawasan perumahan kami jer yang berhampiran dengan rumah kami. Nampaknyer dah hampir dua minggu ni ada perubahan sikit pada Qari. Al fatihah pun dah lancar, malam-malam suruh mama ajarkan dia baca buku dan dia pun dah rajin nak ke nursery. Tempat yang baru ni pun sama seperti tempat dulu jugak dia masih ada kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, semuanya di permudahkan.

Aqeel pula mama hantar di rumah pengasuh juga di kawasan rumah kami. Setakat ni mama dan abah puas hati dengan layanan dan jagaan pengasuh tersebut. Bersyukur sangat untuk mereka berdua. Tak banyak ragam dan kerenah. Mereka macam memahami sangat dan senang nak diuruskan. Syukur Alhamdulillah...


Qari imamkan solat Asar

Kedai Lampu Murah

Kedai lampu yang murah setakat ni di Puchong. Ramai blogger dah review pasal kedia ni so kita tak yah cita panjang dah.

Details kedai seperti di bawah

Houses Lighting
No. 33, Jalan BPU6, Bandar Puchong Utama

Antara barang-barang yang kami beli di sini:










Aqeel's 1st Birthday

Alhamdulillah..

Masa berlalu dengan begitu pantas. Aqeel pun dah masuk setahun. Walaupun perkembangan dia lambat sikit dari kanak-kanak normal tapi kami bersyukur kerana dia diberikan kesihatan yang baik. 


Selamat Hari Jadi Aqeel pada 23 January yang lepas.  Walaupun kamu ada sedikit kekurangan, jangan jadiakan ia alasan untuk tidak berjaya... Mama dan abah sentiasa mendoakan kesihatan kamu dan kejayaan kamu..Semoga kamu menjadi anak yang soleh. Insya Allah...


Pindah Rumah

Assalamualaikum....

Nampaknyer dah lama saya menyepikan diri. Sibuk dengan berpindah rumah baru dan ulang alik ke hospital Aqeel. Banyak perkara yang berlaku yang saya tak sempat nak update...

Alhamdulillah kami dah berpindah officialy masa hari maulidul rasul hari tu. Syukur kepada Allah s.w.t yang memudahkan perjalanan hidup kami. 

Penat rupanyer berpindah rumah ni kan.. Tapi berbaloi bila dapat tinggal di rumah dari usaha kita sendiri=)

source: google