Imam Muda

Sempena perpindahan kami awal bulan February tahun ni, Qari pun dipindahkan nursery jugak. Kami hantar dia di kawasan perumahan kami jer yang berhampiran dengan rumah kami. Nampaknyer dah hampir dua minggu ni ada perubahan sikit pada Qari. Al fatihah pun dah lancar, malam-malam suruh mama ajarkan dia baca buku dan dia pun dah rajin nak ke nursery. Tempat yang baru ni pun sama seperti tempat dulu jugak dia masih ada kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, semuanya di permudahkan.

Aqeel pula mama hantar di rumah pengasuh juga di kawasan rumah kami. Setakat ni mama dan abah puas hati dengan layanan dan jagaan pengasuh tersebut. Bersyukur sangat untuk mereka berdua. Tak banyak ragam dan kerenah. Mereka macam memahami sangat dan senang nak diuruskan. Syukur Alhamdulillah...


Qari imamkan solat Asar

3 comments:

perut abah ke mak dia?..hahaha

 

Post a Comment