Bila Mama Demam ....

Dua hari yang lepas mama amik cuti sebab Aqeel ada physio. Lapas abis physio rasa macam tak sedap badan. Tekak pun dah mula terasa perit. Cuaca kat luar punyer la panas terik. Habis je physio terus je balik rumah. Balik rumah memang dah tak larat.Sudahnyer tido je la kami dua beranak.

Pukul 5 abah call suh amik Qari kat sekolah sebab hari tu abah balik lambat. So mama pun angkut la Aqeel jemput Qari kat sekolah. Sampai jer kat rumah terus goreng nasi sebab Qari dah lapar. Mama bagi tau Qari suruh makan sendiri sebab mama demam.

Malam tu mama makan panadol. Dah makan panadol makin kuat mengantuk. So tutup lampu dan ready nak tido. Tiba-tiba Qari datang. Dia pegang dahi mama.."Abah..mama demam.Kepala mama panas..Kenapa abah tak letak kain?..pot..pet..pot..pet"..Pastu dah tak dapat tangkap apa diorg bersembang berdua.

Tak lama lepas tu Qari datang letak kain atas kepala mama..Mama cakap "Tengkiu abang ahmad...zzzzzzz." walaupun terasa kain tu bergulung-gulung dan kecik kat atas kepala dan sambung membuta. Sok bila bangun pagi nak pergi kerja, tiba-tiba rasa macam pelik sebab nampak kain kaler hijau atas katil. "Aiksss....nape kain ni ada kt sini".. Mama amik kain tu dan terasa kain tu basah..Adussss....Sah Qari pakai kain ni rupanyer letak atas kepala mama semalam...

Sampai hati Qari pakai kain lap pinggan yang mama gantung kat dapur tu...waaaaaaaa!!!!!!


Kisah Budak Buta Yang Hebat

Sebagai ibu yang mempunyai anak yang mempunyai masalah penglihatan dan peluang untuk anaknya melihat agak tipis, adakah anda tahu apakah doa ibunyer setiap kali dia habis solat? Saya selalu berdoa agar mata nak saya dapat melihat seperti orang lain. Tapi selepas membaca artikel ini, ia merubah persepsi saya. Sepatutnya saya mendoakan agar anak saya diterangkan hatinya dan di jadikan anak-anak yang soleh..Insaf rasanyer selepas membaca artikel ini



Kisah Menyedihkan Kanak-kanak buta Penghafal Al-Quran
Mata adalah jendela dunia. Tanpanya, hidup terasa tidak sempurna. Sedih dan mengeluh itu pasti terjadi pada sebahagian manusia yang kehilangan penglihatannya. Tapi tidak dengan kanak-kanak kecil buta dari Mesir ini. Ia adalah salah satu hamba Allah yang ikhlas atas ketetapanNya.

Pengacara TV Arab Saudi Al-Wathan mewancara kanak-kanak istimewa ini. Seorang kanak-kanak lelaki buta penghafal Al-Quran dari Mesir yang berusia 11 tahun.

Dalam wawancara itu pengacara TV Al-Wathan bertanya perihal bagaimana ia belajar Al-Quran dalam keadaan buta.

Semangatnya untuk menghafal ayat-ayat Allah yang mulia membuat langkah kakinya ringan untuk pergi ke tempat gurunya.

"Saya yang datang ke tempat Syeikh," katanya.

"Berapa kali dalam seminggu?" Tanya wartawan TV.

"Tiga hari dalam seminggu," jawabnya.

Jawapan kanak-kanak ini kian membuatkan keajaiban ketika kanak-kanak ini memberitahu pengacara itu bahawa Syeikh yang mengajarnya Al-Quran hanya mengajarnya satu ayat satu hari.
"Pada mulanya hanya satu hari dalam seminggu. Lalu saya mendesak beliau dengan bersungguh agar ditambah harinya, sehingga menjadi dua hari dalam seminggu. Masa Syeikh saya sangat penuh dalam mengajar. Beliau hanya mengajarkan satu ayat saja setiap hari, "katanya.

"Satu ayat sahaja?" Respon pengacara terkejut, takjub dengan semangat kuat kanak-kanak ini.

Dalam tiga hari itu ia khususkan untuk belajar ayat-ayat suci Al-Quran, hingga ia tidak bermain dengan kawan-kawan jiran-jirannya.

Sang pengacara tersenyum dan menempuk paha anak itu tanda kagum, yang disambut senyum ceria oleh anak ini.

Yang lebih mengagumkan adalah kenyataan tentang matanya yang buta. Ia tidak berdoa kepada Allah agar Allah mengembalikan penglihatannya, rahmat Allah yang ia harapkan.

"Dalam solatku, aku tidak meminta kepada Allah agar Allah mengembalikan penglihatanku," katanya.

Mendengar jawapan anak ini sang pengecara semakin terkejut.

"Engkau tidak mahu Allah mengembalikan penglihatanmu? Kenapa? "Tanyanya hairan.
Dengan wajah meyakinkan, kanak-kanak itu memaparkan alasannya. Bukan ia tak yakin pada Allah, bukan. Namun ia menginginkan yang lebih indah dari penglihatan.

"Semoga menjadi keselamatan bagiku pada hari pembalasan (kiamat), sehingga Allah meringankan perhitungan (hisab) pada hari tersebut. Allah akan menanyakan nikmat penglihatan, apa yang telah engkau lakukan dengan penglihatanmu? Saya tidak malu dengan kecacatan yang saya alami. Saya hanya berdoa semoga Allah meringankan perhitungan-Nya untuk saya pada hari kiamat kelak, "katanya dengan tegas.

Mendengar kalimah mulia anak ini, semua terdiam. Pengacara TV nampak berkaca-kaca dan air matanya menitis. Para penonton di stesen TV dan kru TV tersebut juga tak tahan menitiskan air mata.
"Pada saat ini, saya teringat banyak kaum muslimin yang mampu melihat namun mempunyai banyak alasan dan malas untuk menghafal kitab Allah, Al-Quran. Ya Allah, bagaimana alasan mereka esok (di hadapan-Mu)? "Kata pengacara.

"Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan," kata penghafal Quran muda ini.

Subhanallah, indahnya dunia tak membuatnya lupa akan Tuhannya dan hari pembalasan.

Ia juga mengatakan bahawa ia terinspirasi dari kaedah Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah (rahimahullah). "Kaedah imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah yang berbunyi 'Allah tidak menutup atas hamba-Nya satu pintu dengan hikmah, kecuali Allah akan membukakan baginya dua pintu dengan rahmat-Nya,'" katanya.

Kehilangan penghlihatan sejak kecil, tidak membuat ia mengeluh kepada Sang Pencipta. Ia tak iri hati pada orang lain apatah lagi kufur nikmat. Ikhlas menerima takdirNya.

"Segala puji Allah, saya tidak iri hati kepada kawan-kawan walaupun sejak kecil saya sudah tidak boleh melihat. Ini semua adalah qadha 'dan qadar Allah, "katanya.

"Kita berdoa kepada Allah semoga menjadikan kita sebagai penghuni syurga Al-Firdaus yang tertinggi," kata kanak-kanak istimewa ini.
Matanya yang buta, tak membuat hatinya buta dalam mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan. Subhanallah.
Dalam sebuah hadith Qudsi Nabi s.a.w. bersabda:
إن الله قال: إذا ابتليت عبدي بحبيبتيه فصبر, عوضته منهما الجنة
Allah berfirman: "Jika Aku menguji hamba-Ku dengan menghilangkan penglihatan kedua matanya lalu ia bersabar, nescaya Aku akan menggantikan penglihatan kedua matanya dengan syurga." (HR. Bukhari no. 5653, Tirmidzi no. 2932, Ahmad no. 7597, Ad-Darimi no. 2795 dan Ibnu Hibban no. 293


Anak Bujang Kami

 
Ok..Bergaya tak saya? Gen mana ntah Qari ni dapat sampai suka bergaya sakan. Yang pasti ini bukan dari perangai saya ye...huhuhu. Kalau amik gambar no. 1. Pulak tu selagi tak puas amik gambar, selagi tu suruh saya amik gambar. Lepas amik gambar mesti nak terus tengok kamera macam Mak Long dia. Lepas tu kalau tak puas hati dengan hasil gambar, suruh amik lagi siap dengan cermin mata bagai sampai saya pun naik boring..Nasib baik abahnyer rajin nak layang snap gambar...BTW terima kasih pada kakak pau yang sponsored baju ni..Memang kena la dengan test budak bajet smart ni...
 
Ingatkan anak perempuan jer yang suka bergaya. Kalau bab nak pilih pakaian, memang nak ikut taste dia jer la. Nak beli kasut pun dah pandai memilih nak kaler hijau. Ni lagi satu masalah anak obses kaler hijau bapak dia pulak obses kaler biru. Pening makpaknyer nak cari kasut kaler hijau. Dah jumpa pulak takde size.
 
Haishhhh la anak...



Checkup Aqeel 1 Year

Last week ada appoinment kt Serdang dengan paed. Dr kata berat badan Aqeel tak capai yang sepatutnyer. Walaupun dia dah masuk setahun sebulan, berat badan dia baru jer 7.9kg. Kalau diikutkan berat badan ideal sepatutunya lebih kurang 10kg. So Dr. sarankan kami ke kaunseling diet. Minggu sebelum tu kami memang dah ke KJMC untuk injection Aqeel 1 year. Masa tu berat Aqeel 7.3kg, Dr. sarankan suruh kami letakkan minyak zaitun dalam makanan Aqeel selain ambil multivitamin tambahan. Lepas seminggu jer dah nampak perubahan. Sekurang-kurangnya berat Aqeel dah naik sebanyak 0.4kg. So far so good. Harap lepas ni berat badan Aqeel bule naik lagi.

Ukur lilit kepala Aqeel pun agak kecil daripada normal. Aishhhh...yang ni saya paling risau takut jugak ada masalah perkembangan otak. Tapi bila Dr. pakar datang untu double check, dia bagi tahu yang mungkin kepala Aqeel sedikit kecil berbanding dengan budak normal yang berumur setahun sebab dia tak ada bola mata. Mata tu jugak mungkin menambahkan besar size kepla...Fuhhhh..lega rasanyer. Itu la yang paling saya bimbang sebenarnya takut ada masalah-masalah lain selain daripada mata. So far Alhamdulillah, semua ok.

Selain daripada tu, Dr. juga nasihatkan kami supaya Aqeel menjalani phsyioterapi kerana perkembangannya agak lambat sedikit dari budak normal. At least kalau ikut phsyio, ada pakar yang bule advice kami cara nak membantu pergerakkan dia dan sebagainya. Harap semuanyer berjalan lancar...insyaAllah...


 Multivitamin untuk kanak-kanak. Sila dapatkan nasihat dari Dr. sebelum mengambil vitamin tambahan.
 
Minyak zaitun yang kita ketahui banyak khasiatnyer.

Info Mengenai Kanak-kanak Buta

Kepada sesiapa yang mempunyai anak atau sedara mara yang mempunyai masalah penglihatan atau buta patut baca ni http://www.squidoo.com/blind-baby-walk. Good info dan saya harap dapat membantu mereka yang mempunyai masalah yang sama. Tersentuh hati saya melihat kanak-kanak buta ni berjalan menggunakan tongkat...Sharing is caring=)
 
 




Half Moon Tones Shawl


**Sticky Post**
Sila scroll ke bawah untuk entry terbaru

Assalamualaikum Ladies...
Half Moon Tones Shawl yang mampu milik....rugi kalau tak grab

RM20 tidak termasuk pos


HMT 01 (SOLD)

HMT 02 (SOLD)

HMT 03 (SOLD)

HMT 04 (SOLD)

HMT 05 (SOLD)

HMT 06 (SOLD)

HMT 07 (SOLD)

HMT 08

HMT 09 (SOLD)

HMT 10 (SOLD)

Jika berminat bule email ke pinkerdotmail@gmail.com berserta kod tudung ataupun bule isi form di sini http://pinkerdotsblog.blogspot.com/

Perkembangan Aqeel - 1 Year

Dah masuk setahun ni Aqeel sihat dan sangat aktif. Tapi masih belum bule berjalan, merangkak pun baru nak pandai undur ke belakang. Kalau meniarap masih belum ke depan. Tapi kalau letakkan dia atas sofa, dia dah pandai turun sendiri dari sofa. Maksudnya dia dah pandai turun dari tempat tinggi dengan cara mengundur kaki dengan posisi meniarap. Walaupun dah setahun, dia masih belum duduk. Kalau didudukkan pun sekejap jer dan pastu memang dia akan mebaringkan diri ataupun cuba untuk berdiri. Kalau dia nak bergerak ke depan dia akan meniarap dan mengguling-gulingkan badan dia. Kalau mama pegang tangan dan letakkan dan dia dalam posisi berdiri, dia masih belum boleh berdiri dengan stabil. Walaupun Aqeel tak merangkak tapi gayanyer seperti dah nak bangun.
 
Sukar sedikit bagi kami untuk membantu Aqeel berlatih untuk berjalan. Mungkin kerana tak tahu cara yang sesuai dengan keadaan dia. Kami pun menggunakan kaedah cuba jaya sahaja. Banyak sebenarnya yang kami masih perlu belajar dan masih sedang berlajar dari Aqeel. Lagipun mungkin disebabkan dia tak dapat melihat, dia tak dapat nak tengok contoh pergerakkan orang lain dan kurang balancing badan. Mungkin dia hanya mencuba setakat mana dia rasa yang dia bule buat. Mungkin ini akan mengambil masa yang lama skit untuk dia berjalan.