Bila Mama Demam ....

Dua hari yang lepas mama amik cuti sebab Aqeel ada physio. Lapas abis physio rasa macam tak sedap badan. Tekak pun dah mula terasa perit. Cuaca kat luar punyer la panas terik. Habis je physio terus je balik rumah. Balik rumah memang dah tak larat.Sudahnyer tido je la kami dua beranak.

Pukul 5 abah call suh amik Qari kat sekolah sebab hari tu abah balik lambat. So mama pun angkut la Aqeel jemput Qari kat sekolah. Sampai jer kat rumah terus goreng nasi sebab Qari dah lapar. Mama bagi tau Qari suruh makan sendiri sebab mama demam.

Malam tu mama makan panadol. Dah makan panadol makin kuat mengantuk. So tutup lampu dan ready nak tido. Tiba-tiba Qari datang. Dia pegang dahi mama.."Abah..mama demam.Kepala mama panas..Kenapa abah tak letak kain?..pot..pet..pot..pet"..Pastu dah tak dapat tangkap apa diorg bersembang berdua.

Tak lama lepas tu Qari datang letak kain atas kepala mama..Mama cakap "Tengkiu abang ahmad...zzzzzzz." walaupun terasa kain tu bergulung-gulung dan kecik kat atas kepala dan sambung membuta. Sok bila bangun pagi nak pergi kerja, tiba-tiba rasa macam pelik sebab nampak kain kaler hijau atas katil. "Aiksss....nape kain ni ada kt sini".. Mama amik kain tu dan terasa kain tu basah..Adussss....Sah Qari pakai kain ni rupanyer letak atas kepala mama semalam...

Sampai hati Qari pakai kain lap pinggan yang mama gantung kat dapur tu...waaaaaaaa!!!!!!


4 comments:

Kelakar la..tp bagus qari..dia ingat n dia tau mama dia selalu letak kain atas dahi time dia demam.. Cuma kain lap pinggan...,haha

 

tu la pasal..nk marah pn x jd sb abah dia kata lama betul dia duk melipat2 kain tu..hahah

 

tp abah dia kena tanggung.. kah kah

 

sebab abah dia bersengkokol..hahahah

 

Post a Comment