Checkup Aqeel 1 Year

Last week ada appoinment kt Serdang dengan paed. Dr kata berat badan Aqeel tak capai yang sepatutnyer. Walaupun dia dah masuk setahun sebulan, berat badan dia baru jer 7.9kg. Kalau diikutkan berat badan ideal sepatutunya lebih kurang 10kg. So Dr. sarankan kami ke kaunseling diet. Minggu sebelum tu kami memang dah ke KJMC untuk injection Aqeel 1 year. Masa tu berat Aqeel 7.3kg, Dr. sarankan suruh kami letakkan minyak zaitun dalam makanan Aqeel selain ambil multivitamin tambahan. Lepas seminggu jer dah nampak perubahan. Sekurang-kurangnya berat Aqeel dah naik sebanyak 0.4kg. So far so good. Harap lepas ni berat badan Aqeel bule naik lagi.

Ukur lilit kepala Aqeel pun agak kecil daripada normal. Aishhhh...yang ni saya paling risau takut jugak ada masalah perkembangan otak. Tapi bila Dr. pakar datang untu double check, dia bagi tahu yang mungkin kepala Aqeel sedikit kecil berbanding dengan budak normal yang berumur setahun sebab dia tak ada bola mata. Mata tu jugak mungkin menambahkan besar size kepla...Fuhhhh..lega rasanyer. Itu la yang paling saya bimbang sebenarnya takut ada masalah-masalah lain selain daripada mata. So far Alhamdulillah, semua ok.

Selain daripada tu, Dr. juga nasihatkan kami supaya Aqeel menjalani phsyioterapi kerana perkembangannya agak lambat sedikit dari budak normal. At least kalau ikut phsyio, ada pakar yang bule advice kami cara nak membantu pergerakkan dia dan sebagainya. Harap semuanyer berjalan lancar...insyaAllah...


 Multivitamin untuk kanak-kanak. Sila dapatkan nasihat dari Dr. sebelum mengambil vitamin tambahan.
 
Minyak zaitun yang kita ketahui banyak khasiatnyer.

0 comments:

Post a Comment