Fisioterapi Aqeel

Dua minggu lepas hantar Aqeel ke kelas fisio. Ni fisio kali kedua untuk Aqeel. Sekarang Aqeel kena pergi ke fisio sebulan sekali sebab perkembangan dia lambat sikit dari kanak-kanak normal.

Alhamdulillah sejak Aqeel dah pergi fisio ni, dia dah rajin berlatih berdiri tepi sofa atau tepi kepala katil. Memang kepala kati tu akan jadi tempat dia lepak latih tubi sekarang. Alhamdulillah nampaknya ada perubahan positif lepas pegi kelas fisio ni.

Sekarang ni dia dah bule  duduk tanpa support. Cikgu kat fisio yang ajar. Sebelum ni kami memang tak tau cara nak ajar dia duduk. Rupanyer bila dia duduk dia tak bule nak balance kan badan dia. So cara yang betul nak ajar dia duduk adalah dengan cara lipatkan kaki dia macam nak duduk bersila dan letakkan kedua tangan dia di lantai. Baru la dia bule balance...

Taraaaaa.....



Ini pulak nak  bagi perjalanan darah dia lebih lancar..Tengokla sampai bule tertido pulak tu



Kami happy sangat bila Aqeel dah bule duduk. Alhamdulillah. Tak lama lagi kita berjalan pulak ye Aqeel. InsyaAllah...




Ayat Tersurat dan Tersirat

Okay tajuk macam nak belajar BM pulak. Teringat pulak masa sekolah dulu-dulu masa kena buat karangan Rumusan. Tak tau la skang ada lagi ke tak. Kalau nak buat rumusan mesti ada pendahuluan, ayat tersurat, tersirat dan penutup  kan. Hahaha...tapi kat sini saya bukan nak ajar buat rumusa tapi semenjak 2 menjak kebelakangan ni saya selalu pulak terdengar ayat-ayat tersurat dan tersirat dari si abang Qari ni.

Antaranya....

Kalau dah kenyang dan dia tak abis makan tapi takut kena marah  "Mama perut ahmad dah buncit la..tengok ni..tengok ni..." sambil buat gaya macam orang mengandung 5 bulan...
Mama pun "Ye la kalu dah kenyang tak payah habiskan...kang pecah pulak perut tu"...so memang confirm tak jadi nak marah sebab dia makan tak habis..


Bila dia makan atau minum benda yang dia suka  "Emmmmm..... sedapnyer dot..dot..dot..." sambil buat muka macam iklan makan roti ngan planta dengan maksud tersiratnya  dia nak lagi ataupun lenkali beli la lagi...


"Mamaaaa....Ahmad sayanaaaaaagggggg sangat mama" Maksud tersiratnya ialah sila la bagi perhatian kat dia pulak..


"Siaaaannnn Ahmad...Dah lama Ahmad tak tengok tv" Maksudnya tukar la channel dia pulak...


"Eh..tengok-tengok, mama ni dah pendek la..." Maksudnya dia nak kata dia tu dah tinggi la...


"Mama...kenapa mama tak masuk master chef?"

Ayat ni masih kurang pasti maksud tersirat dia sama ada dia memuji atau mengutuk masakan mak dia. Kalau memuji Alhamdulillah la..kalau mengutuk, nampaknya saya kena gigih lagi la memasak...=)


Tanda Tanya??

Semalam lepas balik dari kerja, kami gi jalan-jalan dan beli barang skit di Giant Putra Height. Kat situ ada indoor playground. Macam biasa si Qari mestila jadi hero. Suara dia la paling kuat. Main kejar-kejar bagai macam dah lama kenal dengan budak-budak kat situ..Tapi sebenarnya entry ni bukan nak cerita pasal Qari..Tapi pasal Aqeel...

Kenapa dengan Aqeel....???

Bila kami ke playground ke, shopping complex ke, jalan-jalan ke mana-mana saja pun Aqeel tak excited macam Qari. Gi playground pun dia tak nak main. Bawak jalan-jalan pun dia cool jer. Tak ada nak berlari-lari sebab berjalan pun belum lagi. Dia akan duduk diam jer dalam dukungan kami. Kalau dengar suara kami ketawa, dia ketawa. Kalau dengar bunyi yang kuat, yang menakutkan dia menangis...

Semalam masa dekat playground, Aqeel lompat-lompat atas binatang yang macam spring tu sambil dipegang saya. Itu jer takat ni yang dia bule main bagi mengelakkan dia terhantuk dan x perlu duduk. Seorang budak perempuan yang memakai uniform baju sekolah rendah datang dekat kami. Dia main-main berhampiran kami sambil tak putus memandang Aqeel. Dia perasan saya tengah memandang dia. Sebenarnya saya tengah menunggu kot-kot ada soklan daripada budak tu tentang Aqeel. Tapi dia tengok saya, saya tengok dia, dia tengok saya lagi dan saya tengok dia lagi...Dia makin rapat dengan kami..Berlari-lari di sekililing kami sambil masih memandang Aqeel. Tapi sepatah pun tak terkeluar dari mulutnyer. Hanya pandangan yang pelik pada adik Aqeel...

Kadang-kadang ada juga kanak-kanak yang datang dekat dan bertanya "Eeeee...kenapa mata dia tu?". Kanak-kanak ni memang jujur dan mereka rasa ingin tahu kalau melihat Aqeel berlainan sikit dari mereka. Biasanyer untuk soalan begitu biasanyer saya akan menjawap "Mata adik ni sakit...Kesian dia kan"...Itu jer jawapan yang mampu saya berikan kepada mereka...

Hidup ini penuh cabaran kan....???

source