Fisioterapi Aqeel

Dua minggu lepas hantar Aqeel ke kelas fisio. Ni fisio kali kedua untuk Aqeel. Sekarang Aqeel kena pergi ke fisio sebulan sekali sebab perkembangan dia lambat sikit dari kanak-kanak normal.

Alhamdulillah sejak Aqeel dah pergi fisio ni, dia dah rajin berlatih berdiri tepi sofa atau tepi kepala katil. Memang kepala kati tu akan jadi tempat dia lepak latih tubi sekarang. Alhamdulillah nampaknya ada perubahan positif lepas pegi kelas fisio ni.

Sekarang ni dia dah bule  duduk tanpa support. Cikgu kat fisio yang ajar. Sebelum ni kami memang tak tau cara nak ajar dia duduk. Rupanyer bila dia duduk dia tak bule nak balance kan badan dia. So cara yang betul nak ajar dia duduk adalah dengan cara lipatkan kaki dia macam nak duduk bersila dan letakkan kedua tangan dia di lantai. Baru la dia bule balance...

Taraaaaa.....



Ini pulak nak  bagi perjalanan darah dia lebih lancar..Tengokla sampai bule tertido pulak tu



Kami happy sangat bila Aqeel dah bule duduk. Alhamdulillah. Tak lama lagi kita berjalan pulak ye Aqeel. InsyaAllah...




4 comments:

ALhamdulillah.. cabaran besarkan anak2.. semoga kita terus diberi kekuatan dan kesabaran dlm mendidik diorg ni.. part yg sampai tertido tu comel =))..agaknya letih sgt or sedap sgt duduk dlm belon tu.. take care izzah..sampaikan salam sayang utk abqari n aqeel..

-Sya-

 

alhamdulillah.... semoga aqeel boleh berjln dan berlari mcm kanak2 yg lain.... ila tumpang gembira

 

sya:Terima kasih sya. Semoga sya dan keluarga dirahmati Allah...

 

Iela:InsyaAllah ila..harap2 macam tu la...terima kasih ya doakan aqeel=)

 

Post a Comment