Tanda Tanya??

Semalam lepas balik dari kerja, kami gi jalan-jalan dan beli barang skit di Giant Putra Height. Kat situ ada indoor playground. Macam biasa si Qari mestila jadi hero. Suara dia la paling kuat. Main kejar-kejar bagai macam dah lama kenal dengan budak-budak kat situ..Tapi sebenarnya entry ni bukan nak cerita pasal Qari..Tapi pasal Aqeel...

Kenapa dengan Aqeel....???

Bila kami ke playground ke, shopping complex ke, jalan-jalan ke mana-mana saja pun Aqeel tak excited macam Qari. Gi playground pun dia tak nak main. Bawak jalan-jalan pun dia cool jer. Tak ada nak berlari-lari sebab berjalan pun belum lagi. Dia akan duduk diam jer dalam dukungan kami. Kalau dengar suara kami ketawa, dia ketawa. Kalau dengar bunyi yang kuat, yang menakutkan dia menangis...

Semalam masa dekat playground, Aqeel lompat-lompat atas binatang yang macam spring tu sambil dipegang saya. Itu jer takat ni yang dia bule main bagi mengelakkan dia terhantuk dan x perlu duduk. Seorang budak perempuan yang memakai uniform baju sekolah rendah datang dekat kami. Dia main-main berhampiran kami sambil tak putus memandang Aqeel. Dia perasan saya tengah memandang dia. Sebenarnya saya tengah menunggu kot-kot ada soklan daripada budak tu tentang Aqeel. Tapi dia tengok saya, saya tengok dia, dia tengok saya lagi dan saya tengok dia lagi...Dia makin rapat dengan kami..Berlari-lari di sekililing kami sambil masih memandang Aqeel. Tapi sepatah pun tak terkeluar dari mulutnyer. Hanya pandangan yang pelik pada adik Aqeel...

Kadang-kadang ada juga kanak-kanak yang datang dekat dan bertanya "Eeeee...kenapa mata dia tu?". Kanak-kanak ni memang jujur dan mereka rasa ingin tahu kalau melihat Aqeel berlainan sikit dari mereka. Biasanyer untuk soalan begitu biasanyer saya akan menjawap "Mata adik ni sakit...Kesian dia kan"...Itu jer jawapan yang mampu saya berikan kepada mereka...

Hidup ini penuh cabaran kan....???

source

3 comments:

I feel what u feel (teringat kakak di kg, bila kita bawak dia keluar and public react), so be strong.....

 

Itula..perlu banyak kesabaran kan?

 

Allah..betul tu. Selalunya kita boleh cekalkan diri and cool dgn dugaan yg Allah beri. Tp yg selalu buat kita menangis bila berjumpa dgn public/sedara mara yg tak sensitif. Saya yg bertahun masih tiada anak ni pun merasa yg sama. Cakap2 org yg guris hati saya instead of dugaan yg Allah beri itself. Haih..sabarlah wahai hati. Allah beri ujian berat hanya pd hamba yg terpilih. Semoga mama ahmad dan keluarga diberkati Allah sentiasa

 

Post a Comment