Aktiviti di JB


Antara aktiviti-aktiviti yang kitorang sempat buat semasa berada di JB selama 3 hari...

1. Danga Bay
Mula-mula jaaln-jalan di Danga Bay..tempat ni macam dah x berapa nak popular pun skang. Takde pape pun yang menarik sangat kat sini...cuma ada games yang macam funfair tu jer..Tapi x taula sebab mungkin kitorg datang siang kot...

2. Legoland
Dah alang-alang sampai ke JB jomla ke LEGOLAND kan...


 Kaunter tiket yang lengang sebab kami pergi hari bekerja
 Orang Lego ni tido berdengkur...tu yang Qari terkejut


Albert Einstein
 
 Dasyat betul senibina lego diorang

 Naik train..yang ni Aqeel leh naik

 Jadi bomba




 Sekolah memandu...siap dapat lesen tuh...







 Naik menara...bule nampak keseluruhan LEGOLAND



 Jumpa gak ninjago yang Qari nak sangat tuh..

 
 Ni semua pengaruh tv...tak abis-abis ninjago...

Happy...sebab dapat pegi LEGOLAND dan mengepau mama dan abah

 Overall LEGOLAND sangat best. Nak datang lagi lenkali bila Qari dah Aqeel dah besar sikit. Banyak games jugak diorg tak dapat nak main lagi sebab tak melepasi ketinggian yang disyaratkan...

3. Sek Keb Pendidikan Khas Princess Elizabeth
Saja usha-usha sekolah ni. Mana la tau leh antar Aqeel nanti ke sekolah ni..Tapi jauh la pulak sampai ke Johor....haishhhh...Sekolah ni khas untuk mereka yang cacat penglihatan sahaja dan antara sekolah yang terawal untuk kanak-kanak istimewa.

4. JPO (Johor Premium Outlet)
Kat sini semua jenama terkenal ada di bawah satu bumbung





5. Bazar JB
Macam uptown la kalau kat KL ni. Semua barang ada dijual. Bule tahan penat la jugak nk berjalan . Ada orang karaoke dan tempat ni masih happening walaupun dah tengah malam...

6. Air Hitam
On the way balik KL, kita singgah dulu kat Air Hitam




Tu je la aktiviti yang sempat dibuat selama 3 hari selain dari makan dan mandi kolam...InsyaAllah kalau ada rezeki bule datang lagi...










Jalan-jalan Ke Johor Bharu

Kebetulan abah kena outstation di JB selama 3 hari. So mama dan anak-anak pun ambil kesempatan ikut abah. Dah lama tak bawak budak-budak jalan. Ialah sambil menyelam bule minum air sampai kembung kan. 

Pas balik kerja hari Isnin, kami bersiap-siap nak bertolak ke JB. Kami bertolak lebih kurang dalam kul 7.30pm pas solat magrib. Sampai JB dah agak lewat malam lebih kurang 10.45pm. Nasib baik hotel dah siap booking melalui booking.com. Senang dan mudah, cuma kitorg dah call hotel siap-siap bagi tau kitorg cek in lewat. 

Kat JB kitorg stay dekat The Zone Regency Hotel. Overall bilik semua ok, bersih and facilities pun ok cuma parking ajak jauh skit, kalau budak-budak tido naya nak angkut, ngan luggage lagi....  dan tempat ni tak bapa nak sesuai untuk korang yang ada anak kecik cam kami sebab kat bawah hotel ni ala-ala pub la pulak. Tak sesuai untuk jamuan mata bapak budak tengok hokey.

Hari ni hari pertama, mama dan anak-anak lepak bilik jer sebab abah kena kerja. Tunggu dia balik kerja baru kitorang leh gi jalan...Aktiviti hari ni memerap di bilk hotel...huhuhu


 budak-budak memang suka bath tub ni..mandi sampai menggigil...

 hair dryer, iron with iron board dan safety box pun ada..cukup lengkap la

view dari bilik..leh nampak singapore

Meja Makan Marble Idaman Hati

 
Lama dah tak update pasal rumah...


Ada perubahan skit pada ruang tamu. Meja makan idaman hati telah selamat sampai. Dah lama dalam wishlist, skang baru dapat depan mata....Alhamdulillah
 
 
Dah lama survey meja makan ni. Finally kami beli di Homedec dekat KLCC. Memang berbaloi beli time ni, sebab dapat dengan harga yang paling rendah kalau nak dibandingkan dengan kedai kat luar tu. Memang berbaloi kami repeat 2x  ke Homedec KLCC ni semata-mata nak memiliki meja makan nih....
 
Kali pertama kami pergi pada hari pekerja (1 May). Kami pergi pagi, so time tu memang tak ramai lagi orang. Nak cari parking pun senang. Mula-mula berkenan dengan meja dari company Casarano. . Saya ni pulak jenis tak menyabar, ingat nak bayar booking dulu tapi husband tak bagi. Dia suh survey dulu tempat-tempat lain. Lagipun husband kata company ni banyak customer complaint servis diorang tak berapa bagus. Dekat Homedec tu ada 3 company yang jual marble table ni. Husband pulak berkenan dengan meja mkn Crown. Disebabkan susah nak buat keputusan dan citrasa kami yang selalu kontra akhirnya pulang jer dengan hampa....Eh tapi tak berapa nak hampa la sangat, sebab kami tak pulang dengan tangan kosong. Dapat jugak beli aksesori toilet dengan harga yang best...
 
Disebabkan malam tu asyik termimpi-mimpi je marble table tu, keesokkan harinya kami pergi pulak survey harga meja dekat luar. Kami pergi ke showroom Crown. Tapi maik aii..harga memang beza sangat. Kata harga kilang tapi hampeh mahal jek..Lepas tu singgah pulak di kedai perabot dekat Setia Alam. Berderet kedai perabot kat situ. Semua kedai kami masuk. Kat kedai ni kami cuba tawar menawar. Sampai berpeluh-peluh bangla tu nak fight harga ngan kami. Siap demo ngan bergayut lagi kat meja tu konon nak tunjuk kat kami ketahanan meja tu. Kitorg pun layankan je la tapi tak mo pun beli kat kedai dia..huahuahauha. Kami sebenarnya saja nak tahu berapa harga paling murah bule dapat, so harga paling murah tu kami jadikan harga benchmark kami...
 
Antara yang sempat kami survey
 

kerusi bule pilih ikut suka tapi harga mungkin bule naik lagi dan terpulang pada jenis design yang kita pilih. Kat sini kalau nk custom made kerusi pun bule.
 
Next step lepas dah dapat benchmark harga, kami sekali lagi ke Homedec dengan misi tawar menawar sampai berpeluh... Husband dah pesan dia nak pakai cara psychology dengan Sales assistant(SA) tu nanti. Kalau dapat harga lagi murah dari benchmark, confirm dia nak beli.  Hokey...layan kan je la....
 
Akhirnya kami dah decide nak beli yang mana. Bukan di Casarano ataupun di Crown, tapi company yang satu lagi. Saya pun dah terlupa nama company tersebut.
 
Meja dan kerusi yang kami pilih
 

 
Kami dapat lebih murah dari harga benchmark selepas SA tu di psycho oleh husband. Mana taknya bila SA tu dah bagi harga murah, bule husband saya buat-buat berpikir dan siap duduk lama kat situ konon-konon tengah berpikir nak amik ke tidak. Sebenarnya itu adalah lakonan semata-mata hokey.. Samapi la SA tu setuju nak bagi diskau lagi..kehkehkeh...Menjadi  gak taktik laki aku ni
 
Dekat 3 minggu jugak la tunggu meja ni sampai. Alhamdulillah takde masalah dan servis diorang pun bagus.. Berat giler meja ni. Pekerja diorg ni angkat sampai berpeluh-peluh. Tapi yang bestnyer semua didatangkan dalam kotak termasuk kerusi..
 
 


 
Finally suruh diorg letak siap-siap. Tak larat la kami nak alih-alih nanti
 
 
Meja makan lama kita simpan kat dapur yer....