Jalan-jalan Ke Johor Bharu

Kebetulan abah kena outstation di JB selama 3 hari. So mama dan anak-anak pun ambil kesempatan ikut abah. Dah lama tak bawak budak-budak jalan. Ialah sambil menyelam bule minum air sampai kembung kan. 

Pas balik kerja hari Isnin, kami bersiap-siap nak bertolak ke JB. Kami bertolak lebih kurang dalam kul 7.30pm pas solat magrib. Sampai JB dah agak lewat malam lebih kurang 10.45pm. Nasib baik hotel dah siap booking melalui booking.com. Senang dan mudah, cuma kitorg dah call hotel siap-siap bagi tau kitorg cek in lewat. 

Kat JB kitorg stay dekat The Zone Regency Hotel. Overall bilik semua ok, bersih and facilities pun ok cuma parking ajak jauh skit, kalau budak-budak tido naya nak angkut, ngan luggage lagi....  dan tempat ni tak bapa nak sesuai untuk korang yang ada anak kecik cam kami sebab kat bawah hotel ni ala-ala pub la pulak. Tak sesuai untuk jamuan mata bapak budak tengok hokey.

Hari ni hari pertama, mama dan anak-anak lepak bilik jer sebab abah kena kerja. Tunggu dia balik kerja baru kitorang leh gi jalan...Aktiviti hari ni memerap di bilk hotel...huhuhu


 budak-budak memang suka bath tub ni..mandi sampai menggigil...

 hair dryer, iron with iron board dan safety box pun ada..cukup lengkap la

view dari bilik..leh nampak singapore

0 comments:

Post a Comment