Meja Makan Marble Idaman Hati

 
Lama dah tak update pasal rumah...


Ada perubahan skit pada ruang tamu. Meja makan idaman hati telah selamat sampai. Dah lama dalam wishlist, skang baru dapat depan mata....Alhamdulillah
 
 
Dah lama survey meja makan ni. Finally kami beli di Homedec dekat KLCC. Memang berbaloi beli time ni, sebab dapat dengan harga yang paling rendah kalau nak dibandingkan dengan kedai kat luar tu. Memang berbaloi kami repeat 2x  ke Homedec KLCC ni semata-mata nak memiliki meja makan nih....
 
Kali pertama kami pergi pada hari pekerja (1 May). Kami pergi pagi, so time tu memang tak ramai lagi orang. Nak cari parking pun senang. Mula-mula berkenan dengan meja dari company Casarano. . Saya ni pulak jenis tak menyabar, ingat nak bayar booking dulu tapi husband tak bagi. Dia suh survey dulu tempat-tempat lain. Lagipun husband kata company ni banyak customer complaint servis diorang tak berapa bagus. Dekat Homedec tu ada 3 company yang jual marble table ni. Husband pulak berkenan dengan meja mkn Crown. Disebabkan susah nak buat keputusan dan citrasa kami yang selalu kontra akhirnya pulang jer dengan hampa....Eh tapi tak berapa nak hampa la sangat, sebab kami tak pulang dengan tangan kosong. Dapat jugak beli aksesori toilet dengan harga yang best...
 
Disebabkan malam tu asyik termimpi-mimpi je marble table tu, keesokkan harinya kami pergi pulak survey harga meja dekat luar. Kami pergi ke showroom Crown. Tapi maik aii..harga memang beza sangat. Kata harga kilang tapi hampeh mahal jek..Lepas tu singgah pulak di kedai perabot dekat Setia Alam. Berderet kedai perabot kat situ. Semua kedai kami masuk. Kat kedai ni kami cuba tawar menawar. Sampai berpeluh-peluh bangla tu nak fight harga ngan kami. Siap demo ngan bergayut lagi kat meja tu konon nak tunjuk kat kami ketahanan meja tu. Kitorg pun layankan je la tapi tak mo pun beli kat kedai dia..huahuahauha. Kami sebenarnya saja nak tahu berapa harga paling murah bule dapat, so harga paling murah tu kami jadikan harga benchmark kami...
 
Antara yang sempat kami survey
 

kerusi bule pilih ikut suka tapi harga mungkin bule naik lagi dan terpulang pada jenis design yang kita pilih. Kat sini kalau nk custom made kerusi pun bule.
 
Next step lepas dah dapat benchmark harga, kami sekali lagi ke Homedec dengan misi tawar menawar sampai berpeluh... Husband dah pesan dia nak pakai cara psychology dengan Sales assistant(SA) tu nanti. Kalau dapat harga lagi murah dari benchmark, confirm dia nak beli.  Hokey...layan kan je la....
 
Akhirnya kami dah decide nak beli yang mana. Bukan di Casarano ataupun di Crown, tapi company yang satu lagi. Saya pun dah terlupa nama company tersebut.
 
Meja dan kerusi yang kami pilih
 

 
Kami dapat lebih murah dari harga benchmark selepas SA tu di psycho oleh husband. Mana taknya bila SA tu dah bagi harga murah, bule husband saya buat-buat berpikir dan siap duduk lama kat situ konon-konon tengah berpikir nak amik ke tidak. Sebenarnya itu adalah lakonan semata-mata hokey.. Samapi la SA tu setuju nak bagi diskau lagi..kehkehkeh...Menjadi  gak taktik laki aku ni
 
Dekat 3 minggu jugak la tunggu meja ni sampai. Alhamdulillah takde masalah dan servis diorang pun bagus.. Berat giler meja ni. Pekerja diorg ni angkat sampai berpeluh-peluh. Tapi yang bestnyer semua didatangkan dalam kotak termasuk kerusi..
 
 


 
Finally suruh diorg letak siap-siap. Tak larat la kami nak alih-alih nanti
 
 
Meja makan lama kita simpan kat dapur yer....
 
 
 
 
 




8 comments:

cantiknya!!boleh beraya ngan meja mkn barulah nnt..

 

Sya: kayuh pelan-pelan nk lengkapkan rumah...tp dh beli sayang pulak nak pakai..kehkehkeh

 

Salam kenal...cantiknya...kerusi tu cantik sgt...akak suka...mesti mahal kn? Brapa k agaknya nie...hehe

 

nie kalau duk atih kusi dia..mkn lauk telur kicap pun jadi sodap nie..... ngeh..ngeh....

 

farizatul:emmm...x best la plk klu nk sebut harga kt sini..tp klu nk tau gak bule email sy mamaqari@gmail.com

 

pau:kak g...sayang nak pki..mkn kt dapor jer..hehehe=)

 

Post a Comment