Pancake Pisang

Saya ni bukan terror sangat bab masak memasak ni. Tapi nak share jugak la ngan korang pasal makanan favourite Aqeel nih iaitu pancake pisang.
 
Hari tu masa pegi Langkawi termakan pulak pancake pisang nih.. Aqeel abis bedal pancake ni samapi 3-4 ketul. Suka betul dia. So saya dengan harapan yang tinggi try la buat pancake ni dengan imiginasi sendiri.hehehe...alahai pancake jer pun tp dah budget macam master chef..kahkahkah

Inilah pancake yang makan kat Langkawi hari tu..serius superlicious sedap. Tak manis sangat dan lemak-lemak gitu.. Roti jala dia pun sedap.
 
Resepi ni memang mudah. Orang yang tak terror masak cam saya ni pun bule buat...
 
Bahan-bahan:
Tepung gandum 1 cawan
Telur 1 biji (Asingkan putih dan kuning)
Gula 2 sudu
Air 1 cawan atau bule jugak pakai fresh milk
Pisang emas 5 biji
 
Cara-cara:
Pukul putih telur sampai kembang
Masukkan tepung gandum, kuning telur, gula, air dan pisang ke dalam blander dan bland.---hahah ni sebab saya malas nak kacau-kacau
Akhir sekali masukkan putih telur ke dalam acuan yang dah di blend tadi dan kacau lagi...
Panaskan kulai dan letak minyak skit jer dengan api sederhana
 
Bila dah gelembung camni sila terbalikkan
 
 
Hasilnya....
 

 Hahaha...jangan korang compare ngan gambar di atas ye.. Rupanyer memang la tak semenggah mana tp sedap jugak woo...Aqeel bantai 3-4 ketul jugak nih... Rasanya next time saya kena letak baking powder skit kot kasi dia naik sikit...huhuhu. Bule makan camtu jer dan tak payah dah letak   jem ke madu bagai sebab rasa pisang tu dah lemak2 manis dah..tp kalau korang suka bule la nak letak pun...ikut la tekak masing2 ye....
 
 
 




Anak Syurga

Bagi saya yang ada anak istimewa ni suka sangat dengan term 'anak syurga' ni. Kalau jumpa sepupu sebelah husband diorang suka panggil Aqeel dengan nama anak syurga instead of anak istimewa. Alhamdulillah kami dikelilingi oleh orang-orang yang penyayang dan setakat ni semuanya berpandangan positif terhadap anak kami. Ada juga rakan-rakan  saya yang lain mengadu ada sesetengah individu berpandangan negative kepada mereka yang ada anak syurga ni. Sebagai contoh mereka tak nak berkawan dengan mereka ni sebab takut 'kenan' dan berjangkit pada keterunan mereka??? Mmmm...bagi saya orang yang x bersekolah jer kot pikir camtu sebab semuanyakan telah ditentukan oleh Allah s.w.t. kan???
 
Pada mulanya saya pun tak penah terpikir akan mendapat anak syurga nih. Ni lah anak syurga pertama dalam keluarga saya dan husband. Serius...memang tak sangka sangat tapi kami tetap bersyukur di atas rezeki yang diberi. Banyak kami pelajari daripada kelahiran anak syurga nih. Paling penting kami telah terpilih untuk menjalankan tanggungjawab kami sebagai ibu bapa kepada anak syurga ni dan amanah tersebut perlu lah kami lunaskan dengan sebaiknya.
 
Ok..panjang sangat pulak mukadimah saya. Sebenarnya nak cerita pasal Aqeel jer pun...hahaha. Aqeel dah masuk 1 tahun 9 bulan, tapi masih belum berjalan tapi sekarang memang cukup lasak dan memang sangat-sangat menguji kami...
 
 
Alhamdulillah Aqeel dah pandai duduk sendiri.

 Tengoklah betapa lasaknya dia..Memang 24 jam kami kena awasi dia sebab dia senang terjatuh dan terhantuk...
 
Aqeel ni memang sensitif sangat. Kalau ada jer benda yang tak kena memang mengamuk la dia. Bila dah marah tu mulalah hentak kepala ke simen, gigit jari, tarik rambut sendiri atau korek mata dia...hahaha. memang mencabar sungguh budak ini ...
 
Satu lagi kalau dia boring dan takde orang nak bermain dengan dia, dia suka tarik seluar especially kalau seluar tu seluar panjang dan lepas tu bukak pampers pulak dah...tau-tau dah bogel. Sekarang saya pakaikan jer dia dengan pampers dan suar kecik sebab bila dia pakai seluar kecik memang  dia tak sampai nak tarik seluar tu....
 
Nasib baik la ada abang yang prihatin ni... Abang ni sayang sangat ngan adik dia..
 
Semalam Aqeel panjat tepi katil dan tiba-tiba landing kepala dia betul-betul atas muka saya.. Mak aiii sakitnya dan tiba-tiba keluar darah darah dari hidung saya dengan tak hentinya.. Nasibla tak patah hidung nih kalau tak dah tak cun dah mama Aqeel ni tau...kekekeke...Husband datang bawak ice suruh tuam, bengkak jugak la kat atas hidung tu...Nasib baik la lepas letak ice darah dah berhenti......huhuhu..
 
 

Annual Dinner @ Sunway Resort Hotel & Spa

 
Annual Dinner kali ni bertempat di Sunway Resort Hotel & Spa. Ini kali ke-2 dinner saya ke sini. Kali pertama semasa dinner menyambut ulang tahun ke-50 Pusat Asasi Sains UM 12 tahun yang lepas..Mak aiii...dah 12 tahun saya tinggalkan zaman matrikulasi......tak sangka betul....
 
 
Tahun ni dinner bertemakan Glitz & Glamour Night..
Last minute cari baju...belasah jer..
 
 
 
Majlis di host kan oleh David Lau. Bekas penyampai radio Era dan Sinar.
 
 
 
CGC Idol
 
 
Makanan macam biasa Chinese Food....
 
 
Kali ni tak menang luck draw...bukan luck saya tahun ni..huhuhu
 
Untungla budak kecik ni dapat mini ipad
 
Top 10 best dress
 
 
dan untuk best dress lelaki dimenangi oleh...
 
 
Sebahagian  dari IT department
 



 
 

Family Day @Langkawi

Masa cuti Hari Malaysia hari tu kami ke Langkawi sebab ikut family day office abah. Gerak ke Langkawi Jumaat malam. Sampai jeti Kuala Perlis dalam pukul 6am. Singgah semayang sekejap dan kemudian naik feri pukul 7.15am. Alhamdulillah nasib baik budak dua orang tu ok dan takde buat hal..

Semua muka baru bangun tido..baru sampai kat Jeti Langkawi

Dekat Langkawi kami stay di IPP. Tempat ni dekat jer dengan Idaman Suri dan Kompleks Haji Ismail yang baru tu..Sampai kat sini dalam pukul 9 am lebih.. Hari pertama tu jer aktiviti bebas so kami  decide nak sewa kereta untuk sehari. Kebetulan minggu tu ada cuti Hari Malaysia so ramaila orang yang ambik kesempatan bercuti kat Langkawi, maka sukar sikit nak cari kereta sewa on the spot. Try google keyword "Kereta sewa langkawi" akhirnya dapat la selepas cuba 4-5 nombor yang ada...Yang ada pun kereta wira RM80 sehari. Ok la tu rezeki kan...

IPP Langkawi tempat kami menginap
  -source-

First day tu kami dah plan nak shopping siap-siap. Takut nanti payah pulak bila dah terikat ngn program Family day tu kan... Sebelum pegi Langkawi saya dah listkan barang-barang yang nak beli. So satu hari tu kami singgah di semua kedai-kedai yang popular kat Langkawi ni sebab nak survey harga dulu. Mula-mula kami pegi Idaman Suri dulu, kemudian singgah ke Dataran Lang pekena laksa, amik gambar dan sembahyang. Lepas tu ke Haji Ismail dan kemudian ke Warisan Duty Free di Pantai Chenang.  Setelah survey semua tempat, kami dapati harga semua kedai sama tetapi  kat Idaman Suri dapat free gift. Akhirnya kami berpatah balik ke Idaman Suri..heheheh...Lepas tu kami singgah pulak kat pasar malam dekat Pekan Kuah..

 pemangang ajib yang paling ajaib murah

 survey semua tempat tapi harga tetap sama

 free gift - pyrex...sapa x mo kan??

 Laksa Penarak dekat Dataran Lang

Mercu tanda Langkawi..Dataran Lang

 Idaman Suri rumah


 Pasar malam di Pekan Kuah

Qari budak yang paling boring sebab kena jaga barang

Hari Kedua, diorg dah sediakan dua buah bas persiaran untuk kami siap dengan pemandu pelancong untuk jalan-jalan di tempat-tempat menarik di Langkawi..Tapi kebanyakkan tempat-tempat yang diorang bawak pun tempat membeli belah jugak..haishhh..sakan korang shopping yer...






Dah habis shopping, naik bot pulak...Bot ni berenti gak dekat beberapa tempat menarik yang kita bule turun..Sewa  satu bot ni kalau tak silap rm250 sejam ++


Gua Kelawar.

Kalau korang masuk gua ni, tolong jagan suluh atas ye...hahaha...penuh weyh kelawar tergantung kt atas tu, nasi baik gua tu tinggi...pas suluh atas terus qari dan maknya takut...kata nak tgk batman sangat...rasa nak cepat jer lari keluar dari gua tu...hehehe


Family boss abah. Kitorang naik satu boat so takde la nak camwhore sangat. Nasib baik boss abah ni sempoi dan hensem  je orangnyer


Berhenti pulak tengok tempat burung helang melepak..Susah betul la nak tangkap gambar helang ni...


Berhenti dekat tempat ikan.. Dengar penerangan tentang ikan-ikan pulak... ikan pari ni boleh dipegang  sebab dia jinak




belangkas






Dah habis penat naik boat, singgah dekat cable car pulak. Tapi tak naik sebab masa sampai dah petang sangat, orang beratur pun masih ramai...almaklumlah musim cuti kan...sempat jalan-jalan jer...





Lepas tu balik ke tempat penginapan sebab malam tu pulak ada dinner. Nama restoran tak ingat tapi restoran ni unik sangat sebab dia berada di tengah-tengah sawah padi di Pantai Cenang. Restoran ni memang saja di buat camni untuk eco-pelancongan.....Dah la tengah malam, jalan pun nak kena tengok kiri kanan kalau x termasuk la dalam sawah padi tu.. Sambil makan ditemani dengan bunyi cengkerik...sangat damai,suasana tenang dan  makanan pun best-best


 kiri kanan pejalan kaki ni semua sawah padi...

tengah-tengah sawah padi tapi tak Nampak sebab malam...

Keesokannya pulang la kami. Naik feri pukul 9.15am. Sebelum balik Putrajaya singgah dulu di Padang Besar..shopping lagi....



On the way balik memang jem...sampai rumah dah pukul 12am... Penat giler dah la sok tu keja...tp xpe janji happy=)