Anak Syurga

Bagi saya yang ada anak istimewa ni suka sangat dengan term 'anak syurga' ni. Kalau jumpa sepupu sebelah husband diorang suka panggil Aqeel dengan nama anak syurga instead of anak istimewa. Alhamdulillah kami dikelilingi oleh orang-orang yang penyayang dan setakat ni semuanya berpandangan positif terhadap anak kami. Ada juga rakan-rakan  saya yang lain mengadu ada sesetengah individu berpandangan negative kepada mereka yang ada anak syurga ni. Sebagai contoh mereka tak nak berkawan dengan mereka ni sebab takut 'kenan' dan berjangkit pada keterunan mereka??? Mmmm...bagi saya orang yang x bersekolah jer kot pikir camtu sebab semuanyakan telah ditentukan oleh Allah s.w.t. kan???
 
Pada mulanya saya pun tak penah terpikir akan mendapat anak syurga nih. Ni lah anak syurga pertama dalam keluarga saya dan husband. Serius...memang tak sangka sangat tapi kami tetap bersyukur di atas rezeki yang diberi. Banyak kami pelajari daripada kelahiran anak syurga nih. Paling penting kami telah terpilih untuk menjalankan tanggungjawab kami sebagai ibu bapa kepada anak syurga ni dan amanah tersebut perlu lah kami lunaskan dengan sebaiknya.
 
Ok..panjang sangat pulak mukadimah saya. Sebenarnya nak cerita pasal Aqeel jer pun...hahaha. Aqeel dah masuk 1 tahun 9 bulan, tapi masih belum berjalan tapi sekarang memang cukup lasak dan memang sangat-sangat menguji kami...
 
 
Alhamdulillah Aqeel dah pandai duduk sendiri.

 Tengoklah betapa lasaknya dia..Memang 24 jam kami kena awasi dia sebab dia senang terjatuh dan terhantuk...
 
Aqeel ni memang sensitif sangat. Kalau ada jer benda yang tak kena memang mengamuk la dia. Bila dah marah tu mulalah hentak kepala ke simen, gigit jari, tarik rambut sendiri atau korek mata dia...hahaha. memang mencabar sungguh budak ini ...
 
Satu lagi kalau dia boring dan takde orang nak bermain dengan dia, dia suka tarik seluar especially kalau seluar tu seluar panjang dan lepas tu bukak pampers pulak dah...tau-tau dah bogel. Sekarang saya pakaikan jer dia dengan pampers dan suar kecik sebab bila dia pakai seluar kecik memang  dia tak sampai nak tarik seluar tu....
 
Nasib baik la ada abang yang prihatin ni... Abang ni sayang sangat ngan adik dia..
 
Semalam Aqeel panjat tepi katil dan tiba-tiba landing kepala dia betul-betul atas muka saya.. Mak aiii sakitnya dan tiba-tiba keluar darah darah dari hidung saya dengan tak hentinya.. Nasibla tak patah hidung nih kalau tak dah tak cun dah mama Aqeel ni tau...kekekeke...Husband datang bawak ice suruh tuam, bengkak jugak la kat atas hidung tu...Nasib baik la lepas letak ice darah dah berhenti......huhuhu..
 
 

1 comments:

Post a Comment