Family Day @Langkawi

Masa cuti Hari Malaysia hari tu kami ke Langkawi sebab ikut family day office abah. Gerak ke Langkawi Jumaat malam. Sampai jeti Kuala Perlis dalam pukul 6am. Singgah semayang sekejap dan kemudian naik feri pukul 7.15am. Alhamdulillah nasib baik budak dua orang tu ok dan takde buat hal..

Semua muka baru bangun tido..baru sampai kat Jeti Langkawi

Dekat Langkawi kami stay di IPP. Tempat ni dekat jer dengan Idaman Suri dan Kompleks Haji Ismail yang baru tu..Sampai kat sini dalam pukul 9 am lebih.. Hari pertama tu jer aktiviti bebas so kami  decide nak sewa kereta untuk sehari. Kebetulan minggu tu ada cuti Hari Malaysia so ramaila orang yang ambik kesempatan bercuti kat Langkawi, maka sukar sikit nak cari kereta sewa on the spot. Try google keyword "Kereta sewa langkawi" akhirnya dapat la selepas cuba 4-5 nombor yang ada...Yang ada pun kereta wira RM80 sehari. Ok la tu rezeki kan...

IPP Langkawi tempat kami menginap
  -source-

First day tu kami dah plan nak shopping siap-siap. Takut nanti payah pulak bila dah terikat ngn program Family day tu kan... Sebelum pegi Langkawi saya dah listkan barang-barang yang nak beli. So satu hari tu kami singgah di semua kedai-kedai yang popular kat Langkawi ni sebab nak survey harga dulu. Mula-mula kami pegi Idaman Suri dulu, kemudian singgah ke Dataran Lang pekena laksa, amik gambar dan sembahyang. Lepas tu ke Haji Ismail dan kemudian ke Warisan Duty Free di Pantai Chenang.  Setelah survey semua tempat, kami dapati harga semua kedai sama tetapi  kat Idaman Suri dapat free gift. Akhirnya kami berpatah balik ke Idaman Suri..heheheh...Lepas tu kami singgah pulak kat pasar malam dekat Pekan Kuah..

 pemangang ajib yang paling ajaib murah

 survey semua tempat tapi harga tetap sama

 free gift - pyrex...sapa x mo kan??

 Laksa Penarak dekat Dataran Lang

Mercu tanda Langkawi..Dataran Lang

 Idaman Suri rumah


 Pasar malam di Pekan Kuah

Qari budak yang paling boring sebab kena jaga barang

Hari Kedua, diorg dah sediakan dua buah bas persiaran untuk kami siap dengan pemandu pelancong untuk jalan-jalan di tempat-tempat menarik di Langkawi..Tapi kebanyakkan tempat-tempat yang diorang bawak pun tempat membeli belah jugak..haishhh..sakan korang shopping yer...






Dah habis shopping, naik bot pulak...Bot ni berenti gak dekat beberapa tempat menarik yang kita bule turun..Sewa  satu bot ni kalau tak silap rm250 sejam ++


Gua Kelawar.

Kalau korang masuk gua ni, tolong jagan suluh atas ye...hahaha...penuh weyh kelawar tergantung kt atas tu, nasi baik gua tu tinggi...pas suluh atas terus qari dan maknya takut...kata nak tgk batman sangat...rasa nak cepat jer lari keluar dari gua tu...hehehe


Family boss abah. Kitorang naik satu boat so takde la nak camwhore sangat. Nasib baik boss abah ni sempoi dan hensem  je orangnyer


Berhenti pulak tengok tempat burung helang melepak..Susah betul la nak tangkap gambar helang ni...


Berhenti dekat tempat ikan.. Dengar penerangan tentang ikan-ikan pulak... ikan pari ni boleh dipegang  sebab dia jinak




belangkas






Dah habis penat naik boat, singgah dekat cable car pulak. Tapi tak naik sebab masa sampai dah petang sangat, orang beratur pun masih ramai...almaklumlah musim cuti kan...sempat jalan-jalan jer...





Lepas tu balik ke tempat penginapan sebab malam tu pulak ada dinner. Nama restoran tak ingat tapi restoran ni unik sangat sebab dia berada di tengah-tengah sawah padi di Pantai Cenang. Restoran ni memang saja di buat camni untuk eco-pelancongan.....Dah la tengah malam, jalan pun nak kena tengok kiri kanan kalau x termasuk la dalam sawah padi tu.. Sambil makan ditemani dengan bunyi cengkerik...sangat damai,suasana tenang dan  makanan pun best-best


 kiri kanan pejalan kaki ni semua sawah padi...

tengah-tengah sawah padi tapi tak Nampak sebab malam...

Keesokannya pulang la kami. Naik feri pukul 9.15am. Sebelum balik Putrajaya singgah dulu di Padang Besar..shopping lagi....



On the way balik memang jem...sampai rumah dah pukul 12am... Penat giler dah la sok tu keja...tp xpe janji happy=)

 


0 comments:

Post a Comment