Pengganti Dressing Table

Assalamualaikum...
Lama rasanya dah tak mengupdate blog.
Kali ni saya nak share sikit tentang perabot di bilik tidur..
 
Perabot apa yang ada dalam bilik korang eh?
Disebabkan bilik tidur kami takde la sebesar mana pun perabot pun kami kurangkan. Cuma basic perabot sahaja yang kami letakkan bagi menampakkan bilik lebih luas dan selesa....
 
Dalam bilik kami cuma terdapat katil bersize king dan built-in wardrobe yang tinggi pada dinding.. Itu pun dah mengambil banyak ruang. Tapi macam tak lengkap pula kalau tak ada dressing table dalam bilik kan? Tapi disebabkan ruang yang terhad, dan nak consider perabot yang lebih praktikal dari segi ruang penyimpanan kami menggantikan dressing table dengan laci bertingkat yang ditambah dengan cermin  seperti ini...
 
sebelum & selepas
 
Selain dapat menggantikan dressing table, dapat juga lagi ruang penyimpanan 3 tingkat kan (^_^)